27 November 2014

Entah jumpa lagi ke tidak

Assalamualaikum :)

Tup! Tap! Tup! Tap!

"kau buat apa?"

"Ambil lesen kereta. Kau pula?"

"Aku kerja. Shift petang. Polan, kau pula?"

"aku kena prepare utk PLKN. 6 Dis dah kena lapor diri..."

"Kau pula, Kitun?"

"Aku pi belajaq masaq dekat umah kawan aku...pishang duk umah sorang-sorang."

"wah, boleh lah kau masakkan untuk aku lepas balik Kem! Yay!"

*conversation ends*

Menghitung hari. Sedar tak sedar, dah 5 tahun aku kat 18. Drpd muka seposen, sampei lah muka sepuluh ringgit $_$

banyak perkara yang aku belajar sepanjang 5 tahun ni. Dulu, time sekolah rendah, semuanya nak kena orang suapkan. Semua nak kena berteman. Semua nak mengada-ngada. Tapi sekarang, aku belajar, mcm mana nak hidup berdikari, hidup lebih teratur, lebih berfikiran matang dan terus bersikap positif! Alhamdulillah.

Kan aku dah kata, muka belum matured lagi (form1)
got this from my friend, Mia. Godek punya godek jumpa!!

Pada mulanya, aku agak pemalu (err..) tapi sementara. Aku mudah untuk bergaul dengan org. Lagi-lagi time form 1, aku dilantik sbgai PENOLONG Ketua Kelas. Woah! Bangga! Bangga! Bila dah jadi penolong, acah-acah busy je. Nak keluar sana, keluar sini, hantar slip, bawak buku kawalan, uruskan itu ini. Contohilah Penolong Kelas yang Mithali ni. Heee :) Aku ingat lagi, ada seorang kwn baik aku ni. Dia yg calonkan aku utk jdi Penolong. Dia kata, "Wei, aku lantik kau sebab kau berani kot! Time orientasi, kau beranikan diri utk ke depan sbb kitorg semua malu mcm apa je..!!"
Okay. Hidung aku kembang sekejap. Wuit! Wuit!

Thanks Azreen! Aku ingat itu! Hahahah!!

Skrg masuk form 2. Wuiishh! Waktu tu boleh dikatakan 'zaman jahiliah' aku. Hahaa!! Time tu lah fenomena K-Pop mula menular di negara kita. Semua gila mcm kangaroo kena belacan! Termasuklah aku. Ehhh... Mcm budak-budak! Obses nak belajar bahasa korea lah, nak kahwin dgn mamat Korea lah, apa lah..bla ..bla... Seolah-seolah aku tak bangga dengan negara aku sendiri. Puihh! Disebabkan 'obses' punya pasal, sanggup aku duduk depan PC lama-lama nak tengok kpop. Nak practice menari dan sebagainya! Sungguh benggg!! Zaman tu jugalah aku punya result manyak hancus.. Tak fokus betul-betul! Nak seronok je! And zaman tu lah zaman yang paling aku tak suka. The worst year ever!!!

Then, masuk form 3, aku jadi baik sikit. Hahah! Sikiiittt lah. Takda nak layan kpop-kpop lagi. Nampak x?? Aku cuba bersikap lebih matang sebab akhir tahun 2011, aku menyesal tengok kpop lama-lama yg menjejaskan result aku T-T manusia..manusia.. Tak pernah serik selagi tak kena! So, bila dah nak PMR, baru sedar sikit. Baru nak fokus betul-betul. Takpa lah. Itukan salah satu cara nak majukan diri. Hee :) Kena belajar berkorban masa untuk PMR. Struggle! Struggle! Struggle! And Alhamdulillah :)

Naik form 4, aku mcm blur-blur kejap. First, aku dicampakkan ke kelas LK, then aku minta tukar Pure science sbb aku tak minat bab-bab Kejuruteraan, walaupun tetap kau kena belajar CHEMIST, PHYSICS. urgh.. Aku blur-blur sebab ramai dlm kelas aku tu budak asrama. Then, pljrn pun makin tough! Daripada 9, naik 11. Memang rasa nak pecah kepala! To be honest, aku rasa cam.. Kenapa aku pilih sains? Nak buat mcm mana? Mungkin ada hikmah. Aku percaya Allah itu tak zalim.

Bagi aku, subjek pure science ni, tak de lah teruk sangat. Siapa yg amik pure science memang bertuah sebab apa? Sebab kau boleh tahu betapa hebatnya ciptaan Allah. Misalnya, kau belajar Physics, kau akan tahu apa itu graviti, mcm mana magnet itu berfungsi, apa itu radioaktif, inertia dan momentum! Haa!! Then, bila belajar Chemistry, kau boleh tahu mcm-mcm nama yg pelik-pelik! Apa itu Isomers, isotopes, Redox, Thermochemistry, ethanoic acid, Alkane alkenes semua benda tu! Memang wei! Serious aku ckp. Memang bertuah! Lagi satu, paling best bila belajar Biology! Aku suka belajar bio, walaupun bila nak jawab exam payah sangat nak tepat jawapan aku. Naik frust aku! Aku x da lah hebat pun Bio ni. Biasa-biasa je. Tapi, bila belajar aku rasa seronok sebab aku boleh tahu apa yg ada dalam badan aku, apa yg berlaku di sekeliling aku. Aku rasa lebih dekat dengan tumbuh-tumbuhan (sampai ada kebun di rumah). Ya Allah, bersyukur sangat :)

Add Math nya pula aku x nak komen apa-apa. Haha!

Naik form 5, aku rasa dah besar. Woahh! Dah 'senior'! Ustazah pernah buat aku sentap! 

"Kamu marah bila adik-adik berkelakuan biadab terhadap kamu. Tapi, pernah kamu sedar, bahawa kamu yang telah mengajar mereka? Kerana bila kamu sudah besar, kamu bebas melakukan apa sahaja! Adik-adik ni akan perhatikan sikap kamu! Kalau kamu mengajar mereka perkara tak elok, mereka akan ikut. adakah itu akan membantu kamu di akhirat??"

memang tertusuk hati mendengar kata-kata Ustazah AQS aku. Aku faham apa yang cuba nak disampaikan oleh beliau. Macam ni, kalau kau mengajar budak 2 tahun mengaji Al Quran, dan budak itu istiqamah melakukannya, bukankah kau akan dapat sahamnya juga? Dan, kalau kau mengajar budak 2 tahun melihat perkara yang tak elok, maka sahamnya juga kau akan dapat. Kau tunggu di akhirat nanti!! Ya Allah, bersyukur aku dapat ustazah yang sentiasa mengingatkan kami pelajar form 5 yg perangai macam beruk kena belacan. Ada hikmah di sebalik semuanya! Dan, aku akan merindui semua guru yang telah banyak mengajar aku selama ni *menangis*

Tahun ni, adalah tahun paling penting buat aku. Aku kena korbankan banyak benda. Nak keluar memang boleh kira dengan jari berapa kali aku pergi. Balik kampung, pun kena sentiasa bawa buku. Dalam sibuk-sibuk aku pun, aku tak lupa Allah. Walau mcm mana sibuk sekalipun, aku tetap akan minta tolong Dia. Kita manusia yang tak boleh berdiri dengan sendirinya! Tuhan juga kau akan cari.

Setiap petang, aku akan 'stay back' dengan kawan2 aku untuk study. Memang seronok uolls belajar grouping mcm ni. aahhh... aku akan ingat kalian. Aku tak dalah hebat mana pun. Diorang yg selalu tolong aku. Pasal chemist, bio, physics, add math and arab! (subjek paling tough) aku bersyukur sebab dikurniakan rakan seperjuangan yang begitu tekun dan sabar melayan dan mengajar aku sampai aku betul-betul faham! Asal  tak faham, tanya. asal tak faham tanya. aku rasa dorang pun naik bosan. hahahaha!!! (tak baik noks) Mereka lah rakan baik aku. susah senang selalu bersama. Mereka juga pendengar yang baik, selalu dengar ceritta aku yang merepek, suka melayan aku berborak walaupun ia hanyalah MEMBOSANKAN -_- Tapi, aku puas sebab aku dapat rasakan magnet-magnet cinta yang terputik daripada ikatan persahabatan ni. Ya Allah, indahnya! indahnya!!

18 Oktober, tarikh paling penting dalam hidup aku. Bukan hari exam, tapi hari Graduasi. what??

(Batch 97, SMK Seksyen 18, Shah Alam-MSU Shah Alam)

Masa ni, panas terik! tapi... terpaksa lah untuk gambar punya pasal. habis make up iolls cair ~T_T~
yay!! Akhirnya, dapat juga aku merasa pakai baju jubah besar gedabak tu untuk kali kedua! (kali pertama waktu 6 tahun) Untuk tahun ni special sikit sebab gradution kitorang diadakan di MSU. Pergh! boleh rasa aura Universiti gituu! bajettttt~ Alhamdulillah, bersyukur sangat! tak boleh nak ckp macam mana! Sebak beb! sebakkk!! Bila dah graduate, gua dah tak jadi pelajar. Gua jadi calon. Calon SPM, bukan pelajar SPM. Calon tak calon, kau kena hadap juga SPM no matter what happen around you! Pejam celik, pejam celik, tibalah tarikh yg begitu mendebarkan! teng! tererenggg!! terererereeennggg!! Tenenenenene :)

*3 November 2014* Ouuiihh! rasa berdebar! takut dia lain macam dia, padahal kau akan hadap kertas je! Takpa, kau kuat Wa! Nak tunggu habis, 25 November tu, mak aiiiihhh lamanya! takpa, struggle! push! push! you have to force yourself! you can do it!! yeahh! Alhamdulillah, aku sihat sepanjang exam. Tak da apa-apa yg mengganggu aku. Syukur :) Dah habis, tapi belum rasa merdeka sepenuhnya sebab risau tentang result! masha allah!! Apa-apa pun, hanya bertawakkal sahaja pada Allah. Doakan aku :)

moment yg aku tak akan lupa bila duduk dlm Dewan
yang serba indah untuk jawab soalan yg penuh dengan KBAT! Waktu ni tengah
ambil exam Sejarah 3. nampak tak betapa bersepahnya meja dengan
sumber-sumber rujukan yang dibenarkan utk dibawa ke dlm dewan. 
oh ya, korang boleh nmpak aku di sebelah kanan, baju warna kuning, 
pakai handsocks warna purple. MENCAri PUBlisiti tak??

That's all from me. Serba sedikit tentang ulasan 5 tahun ni. Sebenarnya banyak lagi aku nak ceritakan, tapi aku betul-betul tak larat! Apa salahnya kan kalau nak luangkan masa sebelum aku melaporkan diri untuk Kem PLKN pada 8 Disember ni. ouh! so fast! I 'm not ready 100%. Wish me luck :)

take care,
bye :)



12 November 2014

'Maknyah' Tak Berkualiti

Assalamualaikum :)

Baru-baru ni, negara kita telah dikejutkan dengan satu isu sosial yang sangat serius! Ini bukan cerita palsu, ini REALITI. Ia berkaitan dengan isu 'MAKNYAH'. Apa itu?

Mak Nyah ni adalah singkatan bagi perkataan: "Mak Nyampah!" (spekulasi palsu)

Seperti yang kita tahu, bukan setakat Mak Nyah sahaja yang terlibat sama dalam kes ni. Golongan Pengkid juga terlibat sama. Apa itu?

Pengkid itu ialah wanita yang menyerupai lelaki dan bersifat seperti lelaki.

Kau bayangkan bila ramai sangat orang yang sudah terbalik! Dunia pun turut terbalik. Negara kita negara Islam. Takkan nak biarkan perkara ini berterusan? Apa motifnya mereka ni mengubah diri mereka sampai sanggup menghabiskan duit semata-mata nak ikut nafsu yang akan membawa keburukan pada diri masing-masing? Malah, mereka juga tidak mempedulikan nasihat orang ramai! Jangan jadi ego! Paling menyedihkan, Umat Islam yang melakukannya! Ya Allah!

Motif apakah yang cuba mereka sampaikan sehingga sanggup bermandi caci dan hina? Cuba fikir, adakah mereka tidak mempunyai kesedaran untuk mengubah diri kepada rupa asal? Mengapa? Lihatlah pada iman. Aku juga bukanlah orang yang sempurna. Aku ini pendosa juga. Setiap perkara yang kita lakukan itu, jika ianya membawa keburukan, maka kita jauhkan. Jangan berterusan melakukannya!

Betul lah, semakin dekat Kiamat itu, semakin ramai Umat Islam akan mengamalkan amalan JAHILIAH! Berliwat, berhomoseksual, ber-transgender, minum arak, berjudi, riba dan sebagainya. Itu belum lagi tanam anak perempuan hidup-hidup sebab takut dimalukan! Na'uzubillah! Moga-moga kita semua terpelihara!

Oh ya! Isu transgender ini merupakan perkara yang negatif! Dosa juga akan bertambah. Mula-mula berjinak-jinak dulu dengan fesyen kerana terpengaruh dengan rakan-rakan. Lama-kelamaan, rakan-rakan mencabar pula! Kalau tak, takut nanti kena ugut bagai! Bila rasa tercabar, tu yang pakai tu. Melampau pula! Rakan-rakan pula tak henti memberi pujian palsu! Kononnya cantik lah, seksi dan sebagainya! Dehhh, apa lah! Seterusnya, mula bergaul dengan golongan 'maknyah' yang lain. alaa... dekat tepi-tepi jalan, dekat lorong-lorong tu berlambak sangat dah wei! Bila dah suka bergaul, ber-hu ha hu ha pula! Kongsi barang-barang wanita.. hm.. Bila dah suka, dah terasa mcm nak ubah diri, itu yang pergi cucuk sana, cucuk sini. Semua tempat nak dicucuknya! Sanggup ke Korea untuk pembedahan plastik yang sememangnya tidak bagus untuk Eko-sistem! sangat tak bagus!


Mengubah ciptaan Allah itu kan dah menjadi satu dosa! Even perempuan pun tak dibenarkan, apatah lagi kaum lelaki? Melainkan kalau ianya memudaratkan kita, maka ia dibenarkan. Jadi, lepas dah buat surgery tu, rasa seronok. Rasa diri tu sangat hebat! wah! aku boleh buat mcm orang lain buat! Semuanya berubah! Tiada lagi sifat jantan, kini sifat betina pula muncul secara tiba-tiba! Kalian memang TAK AWESOME! Begitulah juga bagi kaum wanita yang nak sangat menjadi lelaki. Apa yang best sangat entah! Bila dah jadi pengkid, ada awek datang pula! Awek pun kemain! CENGGINI LAWANYA! Bab tu pandai pula nak pilih awek. hekkk!

Apabila perkara ini sudah dianggap remeh, maka akan berlakunya Homoseksual! Apa itu? Boleh google sendiri. Homoseks ini juga pernah berlaku pada zaman Nabi Lut, kalau tak silap. Lelaki bersama lelaki, wanita bersama wanita. Entah lah! semuanya dah dianggap perkara biasa! Kalau di negara luar, ianya bukan masalah yang sangat kritikal kot. Tapi, ia menjadi sangat kritikan bila ianya berlaku di negara Islam! Kerana apa? Keran ia merupakan perbuatan yang HINA!! Bangkitlah! Pertahankan akidah! Pertahankan benteng Iman kita!

 Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: `Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? 
(Ayat 80, Surah al-Araf (7))

Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas.
(Ayat 81, Surah al-Araf (7))

Sekiranya perkara ini tidak dicegah, memang sengsaralah dunia! Bumi menangis sebenarnya.Segalanyatelah ia tanggung dari awal kurun lagi! Tanpa bumi, kita tak dapat hidup dengan baik. Bumi sudah tua. Dah tak larat nak menanggung segalanya. Macam manusia juga, akhirnya tiada lagi. Bumi juga sedang menunggu masa untuk hancur sahaja. Kuasa Allah, siapa yang tahu. 

Sekiranya Nabi Muhammad berada di hadapan kita, pasti baginda sedih melihat umatnya sudah tidak lagi mementingkan akhirat. Hanya dunia semata-mata. Kita semua yang terlalu alpa dengan nikmat yang ada, tidak bersyukur. Ya Allah... susahnya hendak mengejar Syurga, senangnya mengejar Neraka! Muhasabah balik. Sama-sama kita berhijrah ke arah yang lebih diredhai Allah. Insha Allah, Allah terima. Moga-moga kita berada di dalam pemeliharaan-Nya. 

sekian.


 

9 November 2014

KHUDU

Semenjak dua ni, tangan tak tak boleh berhenti menulis puisi. Walaupun ia hanya puisi biasa, tapi aku puas! Tak semua yang akan aku kongsijan. Hanya beberapa. Selamat membaca :)

Terbitlah fajar, masa mencari rezeki.
Usaha yg mantap membawa nikmat kepada diri.
Walaupun setitik peluh kau usahakan, kau tetap tak mengeluh.
Biarlah dirikau melampan asal kau tak makan pitis yang haram!
Tatkala kau berkia-kia, gembira menggunakan nikmat yg ada,
kau tak lupa YANG ESA.
Dialah yg memberi emas yang sangat bernilai buat kau.
Kasih dan pemurahnya, tak siapa bisa lawan.

Namun begitu, selalu kau ingatkan pada diri agar tidak terlanjur berlenja.
Biarpun sahabatmu berkronisme, kau tak berhidung tinggi.
Kerana apa?
Kerana KHUDU mengajar kau supaya lebih bertawaduk.
Kau tahu, bahawa nikmat di dunia hanya sementara, akan tetapi nikmat di syurga selama-lamanya.

-ahdawardatul-

8 November 2014

Fatamorgana

Hari ini, kau hidup menghirup oksigen percuma. Selangkah kau berada, di situlah tempat kau bermula. Fikiran yang bernas kau cari merata-rata. Ilmu yang ada jangan dilupa. Namun, nafsu membawa kau ke sesuatu tempat. Keinginan yang tinggi melampai hendak kau capai. Di luar jangkaan orang tak tahu.

Manusia memang punya angan-angan. Hidup di alam serba gah dan mewah! Fantasi itu tidak mudah utk dikecapi kerana kita bukan bidadari. Imaginasi yang bermain di fikiran membawa kau ke dunia Cinderella. Mencari jejaka yang sempurna. Hanya kerana sepasang sepatu, kau bebas! Indahnya tercipta setelah bermahligai di istana. Cukup indah! Benarlah bahawa diri mahukan FATAMORGANA!

19 September 2014

Perkampungan Ilmu 2014

Assalamualaikum :)

Segala Pujian bagi-Nya, diri ini masih boleh bernafas dan bernyawa. Moga-moga Allah merahmati kita semua!

Alhamdulillah, selesai sudah program Perkampungan Ilmu bagi Pelajar Tingkatan Lima 2014 yang lalu. Program tersebut telah dijalankan pada 12-14 September yang lalu. Satu pengalaman yang menarik sebenarnya.

Alang-alang dah bukak blog, baiklah aku update!

Berdasarkan pengetahuan aku, kalau tak silap program ni dah lama tak buat. Hampir 5 tahun! And, ya.. kitorang bernasib baik dapat join program ni. Alaa... kononnya dah masuk ‘SENIOR YEAR’ haruslah join program2 macam ni. Lagipun, tak salah... sebab program ni bukan program yang membuang masa. Banyak faedahnya! Tak rugi pun.

 (Dewan Al Madani, SMK Seksyen 18 HEBAT!)

*****
First day, Jumaat , 12 Sept 2014

Kitorang kena buat pendaftaran pukul 3.00 petang. Lepas solat Jumaat kan.. Tapi, sebelum tu, aku balik rumah dulu bagi mengelakkan kecelaruan dan kekelam kabutan. Pagi tu, ada program Kawad Kaki dan Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum (MAKO) Alhamdulillah, rezeki aku tahun ni. Biarlah sekali daripada tak dapat langsung. At least, merasalah juga naik pentas walaupun tak ber-makeup :P Okay, then petang tu, datang sekolah pada petangnya. Bila dah nak cepat punya pasal, ada lah juga barang yang tertinggal, contohnya.. berus gigi. That’s the common thing yang aku selalu tertinggal even nak balik kampung pun.. al maklumlah, sebelum keluar, pastikan gigi dah gosok, barulah rasa segar. Kemudian, tinggalkan dalam bilik air. Ngekngok betul!

Aku dengan bersemangatnya tak sabar nak daftar. Aiiihhh... tak sabar nak duduk di asrama untuk beberapa hari sahaja. Tapi, semangat aku tak berapa nak ‘UP’ sangat gara-gara hati mula gelisah sebab berus gigi tertinggal. Mujur, ada kedai WEGA dekat dengan sekolah aku. Apa lagi, ajak kwn pergi beli. (akhirnya!) Jam pula dah menunjukkan pukul 3. Aku bergegas dengan aku, Anisa untuk masuk sekolah. (penggunaan istilah yg tidak betul) Tengok-tengok, pendaftaran belum mula lagi! Cehh! Tapi, aku tak kisah sebab aku dah biasa dengan semua ni! Mula mesti lambat! Tak tepati masa!

Macam budak ‘outsider’ kitorang paling gelabah sekali tau. Nak cop bilik! Nak sekatil dengan kawan2 lah apa lah..itulah..nak bilik sama lah.. haih.. pompuan. Tapi, aku tak. Aku kena control MACHO! Tak boleh gelabah-gelabah walaupun hati rasa nak meletup-letup! Aku sebilik dengan kawan aku, Azreen dan Amirah. Tak kisahlah walaupun katil jauh-jauh. Tetap boleh jumpa. Bukannya tak jumpa! Kena biasakan diri, sebab bila dah melangkah ke Universiti, tak da nak cop-cop bagai! Kau duduk diam-diam sampai muntah! Tu je... Bila semua dah daftarkan diri, apa lagi? Terus pergi dorm masing-masing. Letak beg. Then, Solat Asar. Pukul 5, turun padang, beriadah. Riadah paling seronok setakat ni. Bhahahahhahahahaha!!!!  Kemudian, makan. Rehat sekejap. Nak mandi semua, pergi mandi. Pukul 7, dah kena ada dekat surau. Pukul 9, start belajar! Pelajaran pertama, Bahasa Melayu. Pergh! Sejuk bhaii! Belajar dalam dewan! Indahnya rasa. Menulis sambil menikmati kesejukan dari pendingin hawa yang sememangnya membuatkan aku rasa mengantuk yang amat!! Tunggu masa nak lelap je! Hahhh!

Sabtu, 13 September 2014

Cikgu kata, bangun pukul 5.30 pagi. Tapi, lain pula ceritanya untuk dorm aku ni (DORM KHADIJAH). Bangun awal gila! Pukul 5 dah terang benderang! Woi! Aku tak habis mimpi lagi.. takpa lah.. bangun je lah. Keluar drpd dorm, tengok bilik lain, masih gelap! Pasai apa gelap? Depa tak bangun lagi ka? Takpa lah.. aku pun terus ke kamar mandi dan berjoli dalam tu! (maaf!) air dia bapak sejuk! Segar bugar lepas tu! Tengok jam, pukul 5.30. aikkk? Ramai lagi tak bangun? Dah sah diorang tidur mati!

Selesai solat, pergi makan. Macam biasa. Pukul 8.30, belajar sampai 10.30. Dimulakan dengan subjek favourite aku, ADD MATH. Diikuti pula dengan Sejarah. Tengah hari, makan, solat, lepak sekejap. Petang riadah. Malam, jam 9 belajar Bahasa Arab pula ya! Subjek Arab ni hanya untuk pelajar KAA shj. Pelajar KAB belajar Pendidikan Islam, kalau tak silap. Itu moment yang paling mencabar! Aku tercabar gila dengan kesejukan pendingin hawa tu lagi. Sejuk yang menenangkan sampai aku tersengguk-sengguk atas meja! Aaahhh!! Parah lah lagu ni! Malam tu, rasa macam lama sangat. Dalam hati berkata, “bila nak tidur ni?”

Ahad, 14 September 2014

Last day, kitorang belajar Biology pula. Actually, aku hanya menceritakan subjek aku ambil untuk aliran sains shj. Yang lain tu, biarkan sahaja. Budak KAB dan Aliran Account iktu jadual masing-masing. AKU TAK NAK MASUK CAMPUR! Untuk last day, kitorang kena bangun awal sikit. Sebenarnya, pukul 5  dah kena bangun, tapi macam biasa. Dorm aku semangat sangat nak bangun pukul 4.30 pagi. Aahhh!! Aku sabar je lah waktu tu! Nak tidur pun tak cukup. Itu yang terbawak-bawak time belajar BIO! Tahap mengantuk dia, perrrgghhh!!! But, ok what? Dah alang-alang bangun awal, kitorang berkesempatan buat Qiamullail pagi tu. Alhamdulillah Lepas dah habis solat subuh dan kuliah subuh, mcm biasa, MAKAN! Program ni tamat jam 12.30 tgh mcm tu lah. Siap dengan majlis penutup lagi. Perasaan waktu tu mmg dah tak sabar nak tidur. Nak sambung beradu di rumah. At the same time, rasa sedih juga nak tinggalkan dorm. Acah budak asrama je.. tapi, serious lah. Aku dpt juga rasa walaupun sementara. Inilah nikmat yang Allah bagi. Bersyukur 

*****
sungguh aku tidak dapat melupakan memori yang indah bersama sahabat-sahabat demi menuntut ilmu dan berjuang pada November ini! Akan aku simpan, dakap, tampal setiap cebisan detik keseronokan yang telah aku perolehi. ouuuhhh! sayunya hati~

Program tu telah berlangsung dengan jayanya! Aku pun puas hati, hati gembira, goyang kaki. Makanan pun sedap! Perut kenyang, badan berat, tidur kuat! Semoga Allah memberkati diri ini. Ameen 

Peace!


15 August 2014

Coretan Hati yang KERAS

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, aku diberi peluang utk menaip dan berkongsi pendapat di bulan yang mulia ini. Moga-moga kita semua dirahmati Allah :)

First of all, i'd like to apologize to all readers (acah2 ramai je) for the late update. I'm quite busy right now, nak buat preparation utk Trial lah katakan. Allahu...sesungguhnya aku seperti mahu lari anak menyembunyikan diri drpd Trial. Waduhh!

"Come on lah! Trial je punn..."

"Trial je pun? Untunglah bagi mereka yg sememangnya sudah GENIUS dari kecil.."

So, for today, aku ada something nak share dengan kalian. Apa yang baik, kita kongsi bersama, apa yang buruk kita hindari bersama :)


*Disebalik Wajah*
Aku tahu kau lawa..aku tahu kau kacak! Aku tahu kau manis orangnya..aku tahu kau ni skema orangnya. Ulat buku gitu..aku tahu kau ni alim orangnya..sucinya muka! Takda satu habuk mahupun arang di muka. Berkat Orang Soleh :)

Aku pun nak jadi macam kalian. Nak jadi orang yang beriman juga. Nak jadi pendakwah yang hebat! Motivator yang mantap! Aku nak jadi orang yang selalu dahagakan ilmu. Aku nak jadi Hamba yang bertaqwa!

Itulah..
Diri ni selalu sahaja nak jadi baik. Hmm...angan je lebih, buatnya TIDAK. sebab apa kita jadi macam ni? Fikir dalam dalam.

Aku sedar siapa diri aku sebenarnya. Aku tahu aku di tahap mana. Aku masih di bawah. Bila aku nak naik? Bila?? Nak kata belum sampai seru, aku rasa dah lama dah seruan tu datang. Hmm... Hidup..hidup.
Katanya mahu jadi Dai'e. Perwatakan dah macam Dai'e. Cuma satu je..ye. Satu je. AMALAN .
Amalan apa? Solat, berpuasa, membaca Al Quran, bersedekah..itu bukan amalan?

Eeii! Kenapa berat sangat tangan, nak ambil wudhu', terus solat? Berat sangat nak ambil dan baca Al Quran. Berat sangat tangan nak hulurkan sedekah, berat sangat kaki nak menuju ke taman-taman syurga?
Allahu...sungguh aku tak sanggup membiarkan jawapan negatif yg diberikan oleh tubuh badanku di padang Mahsyar..

Nak kata apa sekarang?

Kita ni dilahirkan sebagai seorang Muslim. Masih tak reti nak bersyukur? Masih mahu melakukan kejahatan? Ya Allah... Apa nak jadi dengan diri ini. Masih buta mencari jalan yang lurus dan membiarkan arang menconteng hati. Dunia..dunia.. Kenapa perlu jadi begini?

Kau nak salahkan syaitan? Kau lupa? Syaitan dah berjanji akan menyesatkan seluruh keturunan Nabi Adam a.s? Masih lagi kau nak salahkan mereka?

Mengapa?

Sebab sikap manusia yang suka menyalahkan orang lain. Mencari silap manusia walau sebesar zarah dan sejauh Pluto. Masha Allah..beginilah kehidupan kita. Istighfar banyak-banyak.

Bila dah buat salah, syaitan pula disalahkan. Kenapa tidak diri sendiri? Kenapa tak paksa diri untuk mengubah hidup? Kenapa tak mahu belai diri mengunjungi taman-taman syurga dan menyejukkan diri dengan membaca Al Quran? Kenapa membiarkan TIANG runtuh dan tidak mahu membinanya semula? Ya Allah... Sungguh jahil! Sungguh!

Banyak perkara kita tak sedar. Tak sedar bahawa kita dah melakukan kesilapan. Termasuklah aku. Islam. Islam dalam IC sahaja? Mana perginya Iman? Mana perginya Taqwa? Mana perginya Ibadah? Allahu... adakah kita ini HIPOKRIT? hmm.... Macam betul. Macam tidak.

*tepuk dada*

"Nak jadi orang HEBAT, amalannya mesti HEBAT! barulah mantap!" - Pesanan seorang pakar Motivasi :)

********

"Kahwin tu kan Sunnah Nabi.."

Ungkapan yg selalu diungkapkan oleh anak-anak muda. Katanya, bercinta selepas nikah itu lebih Indah. Sangat indah.

Masih lupa. TANGGUNGJAWAB. NAFKAH. TARBIYAH. Mana nak cari? Ilmu! Kahwin nak, ilmu masih cetek. Masha Allah.. Diri ini masih memikirkan seronok. Keseronokan dunia yang belum tentu kekal ke penghujungnya. Tak salah kalau nak bercakap tentang perkahwinan. Lihat pada keadaan juga. Masih belajar, duit pun takda lagi..nak kahwin?

Orang kata, bagus kahwin muda. Elak maksiat.

Memanglah. Masalahnya sekarang, nikah mahu, tanggungjawab dan nafkah tak mahu. Acaner tu?? Lepas tu, muncul lah 'Nikah Khitbah'. Ada ustaz mengatakan bahawa ianya HARAM. Nak tahu sebab, boleh rujuk ustaz2yang lain. Aku x ingat kenapa ia haram. Aasiff.

Tanya balik diri. Kenapa senang sangat buat maksiat? Sebab syaitan. Syaitan lagi. Bukanlah aku nak membela syaitan. Betul, syaitan yg menghasut. Mereka menghasut. Kita ni, kena kuat! Selalu cakap pada diri, "AKU KUAT!" Kuat melawan nafsu dan godaan!

Sampai masanya, kalau sudah betul-betul bersedia, barulah membina masjid. Kalau rasa belum, tangguh dulu. Perbaiki diri yang banyak sangat Khilafnya. Allahu..masih jahil lagi diri ini. Tuntut ilmu. ->>pesanan ibubapa dan masyarakat sekeliling :) yang penting, Doa. Jangan lupa Doa. Sesungguhnya, doa itu senjata bagi umat Islam :)

********

kata pada diri,
"aku ni asyik lah duk post/update/share pasal dakwah. Buatnya tidak! Ni lagi satu hal penyakit datang. HIPOKRIT!  sepertimana yg aku ada ckp diatas. Selalu ingatkan pada diri, aku juga mampu mengubahnya! Aku kena betulkan diri aku dulu! Yeahhh! Nak mentarbiyah orang, tarbiyahkan diri ni dulu..

Hmmm.....(terasa diri ni sangat rendah)

Akhir kata,
"...antara mukmin yang berjaya adalah mereka yang mendekati para Ulama' dan menghadhiri majlis-majlis Ilmu!.."

Pengalaman sebenarnya mengajar kita utk menjadi seorang insan yang lebih baik! Moga-moga kita semua mendapat Rahmat dan Keredhaan drpd-Nya. Persis mutiara mengatakan, ambil yang jernih, buang yang keruh. Hati yang diconteng arang, jangan biarkan ia hancur menjadi abu. Hilang entah kemana, sudahnya menyiksa diri.

Wallahu a'lam :)
Peace!!

25 July 2014

Iftar Jamai'e

Assalamualaikum :)

(sambil tersenyum kambing di hadapan pc)

 (Dewan Al-Madani SMKS 18, Shah Alam. cantik kan? ada air-cond lagi uoolllss!)

18 Julai yg lalu, sekolah aku ada buat Majlis Iftar. well, almost setiap tahun akan buat. And, tak sah kalau tak ajak budak asrama (f1-f4) -,- Majlis ni, actually utk Form 5 dan ibu bapa. Tapi, tu lah kan..budak2 asrama kena ajak sekali. ye la..mereka ni kena buat persiapan macam-macam..(kononnya) takpe lah. semoga apa yang mereka lakukan adalah kerana Allah, bukan kerana terpaksa!

Seriously, aku cakap.. ni lah pertama kali aku join Iftar kat sekolah. Sebelum ni tak pernah pun. At least, rasa juga lah macam mana situasinya. To be honest, aku mmg suka majlis-majlis yang melibatkan Silaturahim ni. Kita dapat menambah kenalan dan juga dapat mengenali saudara-saudara Islam yang lain, di samping dapat mewujudkan masyarakat yang saling menghormati :) Majlis-majlis macam ni, biasanya...biasanya lah kan, dilakukan pada bulan Ramadhan, Syawal, Muharram..etc. nak lagi bagus, buat setiap bulan (y)

Majlis Iftar ni start pukul 6 petang. Jadi, sebagai seorang yang sangat menepati masa (kononnya), aku kena datang sekolah awal. Aku datang 15 minit awal sebelum majlis tu bermula! hebat! Nanti kalau lambat-lambat, susah cari tempat. Nanti dapat saf yg belakang-belakang. (but, still x dpt saf depan sekali sbb org lain datang 1 jam lebih awal dari aku ~T-T~) Sementara menunggu majlis tu bermula, biasalah, gadis-gadis suka sangat memuji. Memuji pakaian orang lain. (actually bukan memuji, tapi MENILAI) Tengok siapa punya baju paling cantik, kopiah siapa paling cantik, songkok siapa paling tinggi, kasut siapa paling stylo, tudung siapa paling pendek (oopps!) dan mcm-mcm. Aku, takda siapa nak puji.. sebab aku tahu, aku punya baju paling lawa. Nanti bila kena puji, kembang pula! hahaha! Sebab tu diorang semua pakat tutup mulut tak nak komen apa-apa baju aku..

*cepat sikit cerita boleh?*
Ok lah. Pada jam 6.30pm mcm tu, program dah start.
"Kita akan memulakan majlis kita dengan Ummul Kitab, Al Fatihah...."
"Baiklah, sementara kita menunggu pengerusi PIBG kita, marilah sama-sama kita berzikir dan berselawat kepada Baginda Rasulullah saw..."
"Baiklah, nampaknya pengerusi PIBG kita telah pun tiba. Dijemput En. Hassan.....utk menyampaikan tazkirah dan sedikit ceramah..bla..bla.."
"Alhamdulillah, kita sudah pun berada di dalam dewan ini utk melaksanakan majlis berbuka puasa kita....bla...bla...Kita sebagai ibu bapa, perlulah mendidik anak-anak....bla..bla...Maka, ingatlah! Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk anak-anak yang berdisiplin...bla..bla...dan didikan yg diberi perlu lah mantap agar anak-anak dapat mencapai sesuatu kejayaan!..."

Sampai suatu masa, Azan pun memanggil*
Kami tak makan nasi utk berbuka. Tak ada ayam golek dan semacam golek. Berbuka ikut sunnah Rasulullah. 3 biji kurma dan air mineral. tak da air zam-zam. hee~ Kurma dia sedap, air pun sedap! Kenyang. haha! then, kitorang terus solat Maghrib berjemaah :)
selesai sahaja solat, kami terus ke khemah utk makan. Time tu, kena control diri. jangan tunjuk sangat yg kita ni dah kebulur sangat. Kat rumah boleh lah nak melahap sampai terkeluar anak tekak, kat sekolah tak boleh la. Takda siapa yg nak buat menantu nanti. herherherher~ :p
Makanan, kau jgn cakap. Sedap-sedap! alhamdulillah. Rezeki Allah bagi. Ada nasi briyani, ayam masak merah, daging masak kurma, kuih-muih, pulut panggang, samosa dan tak lupa..Air Sirap! Nasib tak boroi perut.

lepas makan, solat Isya'. Then, continue dengan solat Hajat, Solat Terawih dan Solat Witir. Satu jam dah boleh selesai. Imam baca laju, ayat pun takda lah panjang sangat.. hahahah! Laju pun ikut Tajwid. Mana boleh main redah gitu je. Pada jam 10 malam, majlis penutup. Macam biasa, phone kena sentiasa ada pada tangan. senang utk aku minta ambil gambar dengan kengkawan. hmm... kengkawan~ lepas tu, ada moreh. Boleh tahan gak makanan dia. Bubur Pulut Hitam! aahhh! Sedap wei! panas-panas lagi! ouuiiiiiaayy! Sampai termimpi-mimpi lah dibuatnya. itu yg sahur bangun lambat.

dah habis!

*tiada conclusion utk entry ini. Harap maklum*

peace!


7 June 2014

Don't call me 'Abang Gentle'!!

Assalamualaikum :)

(credits to google)
"Ladies first, please"
Bukanlah ayat seorang gentleman.

Tidak.
Langsung tidak.

Adam(kaum lelaki)
apabila Berjalan , dahulukan dirimu.
Daki tangga , dahulukan dirimu.
Hatta melangkah longkang, dahulukan dirimu.
Biarkan kami di belakang.

Andai ada Hawa(kaum wanita) yang berkata;
"Ahh. Sweetnya akhi tu bagi kite jalan dulu.
Gentle"

Maka Adam,
Tawarkanlah senduk padanya.
Kami izinkan.

"Sungguh , aku lebih rela berjalan di belakang
singa berbanding seorang wanita"

-Saidina
Umar al-Khattab.
(CREDIT TO PENCETUS UMMAH RAHMAT IKHSAN) 

hey! Abang gentle dah mai!! Dia nak bawak titew gi jalan-jalan dekat Uptown Shah Alam lah! Dia kate dia suruh titeww jalan dulu, as in titeww jalan depan dia sebab dia suka tengok cara titeww berjalan!(ayat keling) Dia kata dia akan protect titeww! Titew rasa dia ni gentle sangat! Aww!

Wahai gadis,
sebaik-baiknya kita biarkan lelaki berjalan dan duduk dihadapan kita. Ada certain masa kita boleh dahulukan diri kita. Bukan setiap masa. Kita juga ada maruah. Jangan percaya 100% !!  Jaga diri :)

Peace!!

3 June 2014

When they asked me about flowers, I was like..

Assalamualaikum :)

"Kau bila nak kahwin?"

Tanda tanya. 
Siapalah aku nak cakap pasal kahwin sekarang ni.. aku bukan ustazah yang begitu arif tentang kahwin. aku pun masih muda dan terlalu muda untuk berbicara tentang kahwin.(eceh!) Sebab aku tahu, aku belum sempurna dan belum bersedia untuk menjadi seorang isteri malah seorang ibu. (apa yang aku cuba jelaskan ni?)

I don't mind kalau orang nak cakap pasal kahwin. Bukannya sesuatu yang tak elok. Elok. Nak kata arif tentang kahwin pun tak juga, tapi Alhamdulillah..tahu juga lah basic dia. Almaklumlah, baru belajar ini tahun dalam subjek PSI,dalam bab Fiqh, Matapelajaran 22 dan 23. Anda boleh semak sekarang.

Dulu, kalau cakap pasal kahwin dengan family, diorang kata aku ni dah gatal nak nikah. Eeeiii ekau tu kocik lai.. bolum buleh nak nikah..Seluar dalam pun mak basuh lagi! But now, kalau cakap pasal nikah..mereka lebih berfikiran terbuka kerana mereka tahu bahawa anak perempuan mereka ni dah bersedia nak kahwin.. kahkakahkah! Joke..joke. jangan ambil serious. kang nanti ada yang menyampah lalu menyambar blog aku kerana muntah apabila mendengar statement aku tadi!

Di sini, aku cuma nak kongsikan betapa 'exited'nya mereka bila aku tiba-tiba cakap pasal kahwin. Parents mana yang tak seronok apabila anak mereka nak kahwin? Hahaa! Bukanlah aku nak kahwin sekarang, tapi bila tengok reaction parents aku mmg lain. Tak macam dulu. Kalau dulu, mereka kata apa, "belajar pun x habis nak kahwin! Jangan nak mengada!" itu dulu. tapi kalau sekarang, "Akak, nanti kalau kahwin, kahwinlah dengan orang baik-baik.."mereka kata, bukan aku yang kata. *blushing*

Ye la. macam parents aku. Siap dah plan dah nak buat apa bila aku kahwin nanti. Dah plan nak buat kenduri kahwin kat mana, nak pakai baju apa, nak ajak siapa.. and so on. tang tu memang depa exited sangat! aku ni, dengar tanpa berkata apa-apa. Kaku sekejap. bukan main happy lagi diorang ni. haahaa! then, aku jawab, "tak kisah lah~" that's all. Ya Allah, mcm ni rupanya raction parents aku ye..*tersenyum lebar*

parents aku pun kadang-kadang sporting jugak. and yang paling membuatkan aku tergelak gila-gila, bila  abah cakap, "akak, kalau dia yang terbaik untuk akak, abah terima.." part ni, i just can't stop laughing! sweet sangat ayat tu sampai membuatkan aku rasa malu gila sampai nak keluar air mata! heh! aku cuba sado kan diri sebab aku tahu, aku mmg suka buat muka kerek depan parents.. hahaa! joke..nampak sangatlah yang mereka ni tak sabar nak tengok aku ke jinjang pelamin. -_-  

And of course, sebab aku ni agak tidak serious bila ckp pasal benda ni.. mama tiba-tiba cakap apa, "Akak, kahwin muda ni Sunnah tau.." i replied, "Doakan untuk 5 tahun lagi.." (17+5=22 tahun) hahaa!! itu gurauan~ Tak serious pun. Takkanlah aku nak paksa diri aku untuk mencari lelaki dalam masa 5 tahun ni~ Allah knows what's the best for us, so x payah risau.. Sesuatu perkara yang terjadi ada kebaikannya. Hanya kita kena yakin. and, you know what, nak kahwin ni bukan senang. Before nikah, there're a lot of things that we need to know. Especially about the responsibilities. For men, mmg bnyk sangat tanggungjawab kena pikul. Nak tanggung bini, anak-anak, bagi nafkah etc... and for women, pun ada tanggungjawab juga. Menjaga keperluan suami dan anak-anak, mendidik anak-anak etc.. 

Bak kata Prof Muhaya, "Sebelum kahwin, kena ada ilmu. Carilah ilmu dahulu,  baru kahwin.." Indeed sbb kalau tak da ilmu, macam mana nak bentuk keluarga yang sejahtera? And pesanan beliau, "Kita kahwin bukan untuk  bahagia, tapi kita kahwin untuk mencari kebahagiaan.." Wallahu a'lam.. Bab-bab kahwin awal, wawa tak mahu ulas panjang-panjang. Alhamdulillah sebab akhirnya mereka dapat mengelakkan diri drpd zina. Berdosa besar kalau berzina. Na'uzubillah~

Penutup bicara, there are some good advices from Mufti Ismail Menk about Marriage.





Selamat Berkahwin!


31 May 2014

#CERPENCIKGU

Assalamualaikum :)


Tidak lahirnya seorang pemimpin, tanpa guru
Tidak lahirnya seorang angkasawan, tanpa guru
Tidak lahirnya seorang jurutera, tanpa guru
Tidak lahirnya seorang pejuang, tanpa guru
dan begitulah selanjutnya...

Alhamdulillah, selagi hayat dikandung badan, kita masih boleh menuntut ilmu Allah.
Kita masih mempunyai insan yang banyak berjasa selain ibu bapa. Insan
yang menjadi teman suka dan duka kita.

Hampir setiap hari bersama mereka. Menuntut ilmu tanpa jemu. Kerana apa? Kerana kita menuntut ilmu Allah bukan kerana peperiksaan semata-mata..tapi untuk diamalkan. Ya Allah, begitu jauhnya niat kita.

Hormatilah guru-gurumu walaupun mereka bukan beragama Islam. Mereka masih menyampaikan ilmu Allah. Mereka mendidik dan membentuk kita menjadi 'seseorang'. Jangan angkuh dan takbur. Kita ini kerdil. Kita tidak dapat mengalahkan ilmu Allah yang begitu luas seluas alam semesta.

Sebagai penghargaan, seorang 'Malaysian Youtuber' telah menghasilkan sebuah karya ringkas mengenai Hari Guru. He's a good director! I watched this video for many times because i like it! I like the contents of the story not the characters! kah..kah..! Do subscribe!
www.youtube.com/yazeido

12 May 2014

Hidayah

Assalamualaikum :)


credits to google

Aku cuba bertahan,
Dan bertahan sekuat hati,
Tabahkan hati apabila diperli dan dikritik,
Berlapang dada,
Bersikap rasional dan terima dgn redha.

Mereka memberi aku kekuatan,
Walaupun ia merupakan satu ejekan,
Aku tidak hairan dan tak ambil kisah,
Sifat manusia mmg suka mencari kesalahan,
Walaupun hanya sebesar sebutir pasir.

Aku yakin,
Disebalik kejadian ada hikmahnya,
Aku hanya perlu sabar,
Aku berasa malu,
Dan bukan niat aku utk memalukan org lain.

Aku tak minta pujian,
Aku hanya mahukan sokongan,
Bukan mahu tunjuk sewarak mana diri aku,
Aku cuba memberi penjelasan,
Aku harap mereka faham.

Allah itu Maha Berkuasa dan Maha Agung,
Aku mnonton satu ceramah bkaitan tjuk itu,
Allah menunjukkan kebenarannya,
Alhamdulillah aku bersyukur,
Mudah-mudahan Allah memberi hidayah.

Kita diberi peluang untuk bertaubat. Tanda Allah masih sayang pada kita. Kita juga diberi Hidayah melalui cara yg berbeza. Memantapkan Iman bukan senang, banyak cabarannya. Lawan nafsu adalah satu jihad!
Bangkitlah!!

peace!!

21 March 2014

How I miss this place!

Assalamualaikum :)

School holiday is just around the corner. are you ready? yes.. i am!
so, spm? Are you ready for that? uhmm... yeeeeaaaaa.......h!

I would like to share with you about my last trip in Langkawi. I know that people dah biasa dengar.. elehhh Langkawi je pun.. Jepun or Langkawi? Please check your tatabahasa!

Alhamdulillah, wawa bersyukur sangat sebab Allah memberikan peluang kepada wawa and my little family untuk pergi sana :D (yay!) Time tu akhir tahun 2010. Masih ingat lagi betapa kecilnya aku ketika itu.. hehh!

Pergi Langkawi ni best, sebab kawasannya 'BEBAS CUKAI' so, you boleh minta discount lah.. :P and of course, time kitorang pergi sana pun, semua pakat buat muka innocent utk dapatkan discount.. ohh yeahh!

What are the most interesting in Langkawi? apa yang ada kat sana?
Well, you know what, kat sana i boleh tambah berat i 10 kali ganda! punyaa dahsyat nafsu makan! Then, of course lah pemandangan yang indah, sejarah, hasil-hasil bumi, orang-orang yang peramah, tempat yang agak kelam-kabut tapi ok lah... and barang-barang yang sememangnya murah-murah! Tapi, kalau nak cari tempat makan, i suggest kat korang untuk pergi ke COCO BEACH SEAFOOD RESTAURANT. This restaurant is located at Pantai Chenang. senang cari.. (I have no photos to show. sorry)

(Pantai Chenang)
When i was here, i feel very calm...enjoying the beautiful creatures, the place is so windy, watching the kids playing balls and sandcastles... so beautiful! Subhanallah :D

and i'm the one of them :D

Mr Jagger and Mr Alexander are my favorite actors!!
In MARDI, kami dilayan baik oleh seorang lelaki yang ditugaskan untuk membawa kami ke 
seluruh kawasan dalam ni. It was fun actually! The best part is, kitorang dapat makan segala
jenis buah for FREE! That's awesome!
And, sebelum kami berpisah, Pakcik tu bagi kitorang souvenir.
Daun kelapa yang dibentuk menjadi cincin and gelang. Unfortunately, benda tu dah layu.. hilang!

Jennifer is in water!
She's very cute actually! 


En Jaafar is on fire!!
He's my hero! He's so tough, strong, heavy, huge and handsome!
Bila datang Langkawi, tak sah kalau tak pergi. Time tu, masa tengok helang gedabak
macam ni, memang kejakunan aku terserlah! uuu... JAKUN!

Nice view! so windy and cool! Time ni masih dekat Dataran Lang. 
Where's Jack (TITANIC's Hero)? I wanna hug him! I miss you, Jack :(
Subhanallah :) What a beautiful sunset! 

Langkawi, i really miss you. when we can meet again? I just love this place! I miss the lobsters, the clamps, the fishes, chocolates and the people!! InshaAllah, we'll meet again.

peace!