31 May 2014

#CERPENCIKGU

Assalamualaikum :)


Tidak lahirnya seorang pemimpin, tanpa guru
Tidak lahirnya seorang angkasawan, tanpa guru
Tidak lahirnya seorang jurutera, tanpa guru
Tidak lahirnya seorang pejuang, tanpa guru
dan begitulah selanjutnya...

Alhamdulillah, selagi hayat dikandung badan, kita masih boleh menuntut ilmu Allah.
Kita masih mempunyai insan yang banyak berjasa selain ibu bapa. Insan
yang menjadi teman suka dan duka kita.

Hampir setiap hari bersama mereka. Menuntut ilmu tanpa jemu. Kerana apa? Kerana kita menuntut ilmu Allah bukan kerana peperiksaan semata-mata..tapi untuk diamalkan. Ya Allah, begitu jauhnya niat kita.

Hormatilah guru-gurumu walaupun mereka bukan beragama Islam. Mereka masih menyampaikan ilmu Allah. Mereka mendidik dan membentuk kita menjadi 'seseorang'. Jangan angkuh dan takbur. Kita ini kerdil. Kita tidak dapat mengalahkan ilmu Allah yang begitu luas seluas alam semesta.

Sebagai penghargaan, seorang 'Malaysian Youtuber' telah menghasilkan sebuah karya ringkas mengenai Hari Guru. He's a good director! I watched this video for many times because i like it! I like the contents of the story not the characters! kah..kah..! Do subscribe!
www.youtube.com/yazeido

12 May 2014

Hidayah

Assalamualaikum :)


credits to google

Aku cuba bertahan,
Dan bertahan sekuat hati,
Tabahkan hati apabila diperli dan dikritik,
Berlapang dada,
Bersikap rasional dan terima dgn redha.

Mereka memberi aku kekuatan,
Walaupun ia merupakan satu ejekan,
Aku tidak hairan dan tak ambil kisah,
Sifat manusia mmg suka mencari kesalahan,
Walaupun hanya sebesar sebutir pasir.

Aku yakin,
Disebalik kejadian ada hikmahnya,
Aku hanya perlu sabar,
Aku berasa malu,
Dan bukan niat aku utk memalukan org lain.

Aku tak minta pujian,
Aku hanya mahukan sokongan,
Bukan mahu tunjuk sewarak mana diri aku,
Aku cuba memberi penjelasan,
Aku harap mereka faham.

Allah itu Maha Berkuasa dan Maha Agung,
Aku mnonton satu ceramah bkaitan tjuk itu,
Allah menunjukkan kebenarannya,
Alhamdulillah aku bersyukur,
Mudah-mudahan Allah memberi hidayah.

Kita diberi peluang untuk bertaubat. Tanda Allah masih sayang pada kita. Kita juga diberi Hidayah melalui cara yg berbeza. Memantapkan Iman bukan senang, banyak cabarannya. Lawan nafsu adalah satu jihad!
Bangkitlah!!

peace!!