25 July 2014

Iftar Jamai'e

Assalamualaikum :)

(sambil tersenyum kambing di hadapan pc)

 (Dewan Al-Madani SMKS 18, Shah Alam. cantik kan? ada air-cond lagi uoolllss!)

18 Julai yg lalu, sekolah aku ada buat Majlis Iftar. well, almost setiap tahun akan buat. And, tak sah kalau tak ajak budak asrama (f1-f4) -,- Majlis ni, actually utk Form 5 dan ibu bapa. Tapi, tu lah kan..budak2 asrama kena ajak sekali. ye la..mereka ni kena buat persiapan macam-macam..(kononnya) takpe lah. semoga apa yang mereka lakukan adalah kerana Allah, bukan kerana terpaksa!

Seriously, aku cakap.. ni lah pertama kali aku join Iftar kat sekolah. Sebelum ni tak pernah pun. At least, rasa juga lah macam mana situasinya. To be honest, aku mmg suka majlis-majlis yang melibatkan Silaturahim ni. Kita dapat menambah kenalan dan juga dapat mengenali saudara-saudara Islam yang lain, di samping dapat mewujudkan masyarakat yang saling menghormati :) Majlis-majlis macam ni, biasanya...biasanya lah kan, dilakukan pada bulan Ramadhan, Syawal, Muharram..etc. nak lagi bagus, buat setiap bulan (y)

Majlis Iftar ni start pukul 6 petang. Jadi, sebagai seorang yang sangat menepati masa (kononnya), aku kena datang sekolah awal. Aku datang 15 minit awal sebelum majlis tu bermula! hebat! Nanti kalau lambat-lambat, susah cari tempat. Nanti dapat saf yg belakang-belakang. (but, still x dpt saf depan sekali sbb org lain datang 1 jam lebih awal dari aku ~T-T~) Sementara menunggu majlis tu bermula, biasalah, gadis-gadis suka sangat memuji. Memuji pakaian orang lain. (actually bukan memuji, tapi MENILAI) Tengok siapa punya baju paling cantik, kopiah siapa paling cantik, songkok siapa paling tinggi, kasut siapa paling stylo, tudung siapa paling pendek (oopps!) dan mcm-mcm. Aku, takda siapa nak puji.. sebab aku tahu, aku punya baju paling lawa. Nanti bila kena puji, kembang pula! hahaha! Sebab tu diorang semua pakat tutup mulut tak nak komen apa-apa baju aku..

*cepat sikit cerita boleh?*
Ok lah. Pada jam 6.30pm mcm tu, program dah start.
"Kita akan memulakan majlis kita dengan Ummul Kitab, Al Fatihah...."
"Baiklah, sementara kita menunggu pengerusi PIBG kita, marilah sama-sama kita berzikir dan berselawat kepada Baginda Rasulullah saw..."
"Baiklah, nampaknya pengerusi PIBG kita telah pun tiba. Dijemput En. Hassan.....utk menyampaikan tazkirah dan sedikit ceramah..bla..bla.."
"Alhamdulillah, kita sudah pun berada di dalam dewan ini utk melaksanakan majlis berbuka puasa kita....bla...bla...Kita sebagai ibu bapa, perlulah mendidik anak-anak....bla..bla...Maka, ingatlah! Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk anak-anak yang berdisiplin...bla..bla...dan didikan yg diberi perlu lah mantap agar anak-anak dapat mencapai sesuatu kejayaan!..."

Sampai suatu masa, Azan pun memanggil*
Kami tak makan nasi utk berbuka. Tak ada ayam golek dan semacam golek. Berbuka ikut sunnah Rasulullah. 3 biji kurma dan air mineral. tak da air zam-zam. hee~ Kurma dia sedap, air pun sedap! Kenyang. haha! then, kitorang terus solat Maghrib berjemaah :)
selesai sahaja solat, kami terus ke khemah utk makan. Time tu, kena control diri. jangan tunjuk sangat yg kita ni dah kebulur sangat. Kat rumah boleh lah nak melahap sampai terkeluar anak tekak, kat sekolah tak boleh la. Takda siapa yg nak buat menantu nanti. herherherher~ :p
Makanan, kau jgn cakap. Sedap-sedap! alhamdulillah. Rezeki Allah bagi. Ada nasi briyani, ayam masak merah, daging masak kurma, kuih-muih, pulut panggang, samosa dan tak lupa..Air Sirap! Nasib tak boroi perut.

lepas makan, solat Isya'. Then, continue dengan solat Hajat, Solat Terawih dan Solat Witir. Satu jam dah boleh selesai. Imam baca laju, ayat pun takda lah panjang sangat.. hahahah! Laju pun ikut Tajwid. Mana boleh main redah gitu je. Pada jam 10 malam, majlis penutup. Macam biasa, phone kena sentiasa ada pada tangan. senang utk aku minta ambil gambar dengan kengkawan. hmm... kengkawan~ lepas tu, ada moreh. Boleh tahan gak makanan dia. Bubur Pulut Hitam! aahhh! Sedap wei! panas-panas lagi! ouuiiiiiaayy! Sampai termimpi-mimpi lah dibuatnya. itu yg sahur bangun lambat.

dah habis!

*tiada conclusion utk entry ini. Harap maklum*

peace!


No comments:

Post a Comment