15 August 2014

Coretan Hati yang KERAS

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, aku diberi peluang utk menaip dan berkongsi pendapat di bulan yang mulia ini. Moga-moga kita semua dirahmati Allah :)

First of all, i'd like to apologize to all readers (acah2 ramai je) for the late update. I'm quite busy right now, nak buat preparation utk Trial lah katakan. Allahu...sesungguhnya aku seperti mahu lari anak menyembunyikan diri drpd Trial. Waduhh!

"Come on lah! Trial je punn..."

"Trial je pun? Untunglah bagi mereka yg sememangnya sudah GENIUS dari kecil.."

So, for today, aku ada something nak share dengan kalian. Apa yang baik, kita kongsi bersama, apa yang buruk kita hindari bersama :)


*Disebalik Wajah*
Aku tahu kau lawa..aku tahu kau kacak! Aku tahu kau manis orangnya..aku tahu kau ni skema orangnya. Ulat buku gitu..aku tahu kau ni alim orangnya..sucinya muka! Takda satu habuk mahupun arang di muka. Berkat Orang Soleh :)

Aku pun nak jadi macam kalian. Nak jadi orang yang beriman juga. Nak jadi pendakwah yang hebat! Motivator yang mantap! Aku nak jadi orang yang selalu dahagakan ilmu. Aku nak jadi Hamba yang bertaqwa!

Itulah..
Diri ni selalu sahaja nak jadi baik. Hmm...angan je lebih, buatnya TIDAK. sebab apa kita jadi macam ni? Fikir dalam dalam.

Aku sedar siapa diri aku sebenarnya. Aku tahu aku di tahap mana. Aku masih di bawah. Bila aku nak naik? Bila?? Nak kata belum sampai seru, aku rasa dah lama dah seruan tu datang. Hmm... Hidup..hidup.
Katanya mahu jadi Dai'e. Perwatakan dah macam Dai'e. Cuma satu je..ye. Satu je. AMALAN .
Amalan apa? Solat, berpuasa, membaca Al Quran, bersedekah..itu bukan amalan?

Eeii! Kenapa berat sangat tangan, nak ambil wudhu', terus solat? Berat sangat nak ambil dan baca Al Quran. Berat sangat tangan nak hulurkan sedekah, berat sangat kaki nak menuju ke taman-taman syurga?
Allahu...sungguh aku tak sanggup membiarkan jawapan negatif yg diberikan oleh tubuh badanku di padang Mahsyar..

Nak kata apa sekarang?

Kita ni dilahirkan sebagai seorang Muslim. Masih tak reti nak bersyukur? Masih mahu melakukan kejahatan? Ya Allah... Apa nak jadi dengan diri ini. Masih buta mencari jalan yang lurus dan membiarkan arang menconteng hati. Dunia..dunia.. Kenapa perlu jadi begini?

Kau nak salahkan syaitan? Kau lupa? Syaitan dah berjanji akan menyesatkan seluruh keturunan Nabi Adam a.s? Masih lagi kau nak salahkan mereka?

Mengapa?

Sebab sikap manusia yang suka menyalahkan orang lain. Mencari silap manusia walau sebesar zarah dan sejauh Pluto. Masha Allah..beginilah kehidupan kita. Istighfar banyak-banyak.

Bila dah buat salah, syaitan pula disalahkan. Kenapa tidak diri sendiri? Kenapa tak paksa diri untuk mengubah hidup? Kenapa tak mahu belai diri mengunjungi taman-taman syurga dan menyejukkan diri dengan membaca Al Quran? Kenapa membiarkan TIANG runtuh dan tidak mahu membinanya semula? Ya Allah... Sungguh jahil! Sungguh!

Banyak perkara kita tak sedar. Tak sedar bahawa kita dah melakukan kesilapan. Termasuklah aku. Islam. Islam dalam IC sahaja? Mana perginya Iman? Mana perginya Taqwa? Mana perginya Ibadah? Allahu... adakah kita ini HIPOKRIT? hmm.... Macam betul. Macam tidak.

*tepuk dada*

"Nak jadi orang HEBAT, amalannya mesti HEBAT! barulah mantap!" - Pesanan seorang pakar Motivasi :)

********

"Kahwin tu kan Sunnah Nabi.."

Ungkapan yg selalu diungkapkan oleh anak-anak muda. Katanya, bercinta selepas nikah itu lebih Indah. Sangat indah.

Masih lupa. TANGGUNGJAWAB. NAFKAH. TARBIYAH. Mana nak cari? Ilmu! Kahwin nak, ilmu masih cetek. Masha Allah.. Diri ini masih memikirkan seronok. Keseronokan dunia yang belum tentu kekal ke penghujungnya. Tak salah kalau nak bercakap tentang perkahwinan. Lihat pada keadaan juga. Masih belajar, duit pun takda lagi..nak kahwin?

Orang kata, bagus kahwin muda. Elak maksiat.

Memanglah. Masalahnya sekarang, nikah mahu, tanggungjawab dan nafkah tak mahu. Acaner tu?? Lepas tu, muncul lah 'Nikah Khitbah'. Ada ustaz mengatakan bahawa ianya HARAM. Nak tahu sebab, boleh rujuk ustaz2yang lain. Aku x ingat kenapa ia haram. Aasiff.

Tanya balik diri. Kenapa senang sangat buat maksiat? Sebab syaitan. Syaitan lagi. Bukanlah aku nak membela syaitan. Betul, syaitan yg menghasut. Mereka menghasut. Kita ni, kena kuat! Selalu cakap pada diri, "AKU KUAT!" Kuat melawan nafsu dan godaan!

Sampai masanya, kalau sudah betul-betul bersedia, barulah membina masjid. Kalau rasa belum, tangguh dulu. Perbaiki diri yang banyak sangat Khilafnya. Allahu..masih jahil lagi diri ini. Tuntut ilmu. ->>pesanan ibubapa dan masyarakat sekeliling :) yang penting, Doa. Jangan lupa Doa. Sesungguhnya, doa itu senjata bagi umat Islam :)

********

kata pada diri,
"aku ni asyik lah duk post/update/share pasal dakwah. Buatnya tidak! Ni lagi satu hal penyakit datang. HIPOKRIT!  sepertimana yg aku ada ckp diatas. Selalu ingatkan pada diri, aku juga mampu mengubahnya! Aku kena betulkan diri aku dulu! Yeahhh! Nak mentarbiyah orang, tarbiyahkan diri ni dulu..

Hmmm.....(terasa diri ni sangat rendah)

Akhir kata,
"...antara mukmin yang berjaya adalah mereka yang mendekati para Ulama' dan menghadhiri majlis-majlis Ilmu!.."

Pengalaman sebenarnya mengajar kita utk menjadi seorang insan yang lebih baik! Moga-moga kita semua mendapat Rahmat dan Keredhaan drpd-Nya. Persis mutiara mengatakan, ambil yang jernih, buang yang keruh. Hati yang diconteng arang, jangan biarkan ia hancur menjadi abu. Hilang entah kemana, sudahnya menyiksa diri.

Wallahu a'lam :)
Peace!!