19 September 2014

Perkampungan Ilmu 2014

Assalamualaikum :)

Segala Pujian bagi-Nya, diri ini masih boleh bernafas dan bernyawa. Moga-moga Allah merahmati kita semua!

Alhamdulillah, selesai sudah program Perkampungan Ilmu bagi Pelajar Tingkatan Lima 2014 yang lalu. Program tersebut telah dijalankan pada 12-14 September yang lalu. Satu pengalaman yang menarik sebenarnya.

Alang-alang dah bukak blog, baiklah aku update!

Berdasarkan pengetahuan aku, kalau tak silap program ni dah lama tak buat. Hampir 5 tahun! And, ya.. kitorang bernasib baik dapat join program ni. Alaa... kononnya dah masuk ‘SENIOR YEAR’ haruslah join program2 macam ni. Lagipun, tak salah... sebab program ni bukan program yang membuang masa. Banyak faedahnya! Tak rugi pun.

 (Dewan Al Madani, SMK Seksyen 18 HEBAT!)

*****
First day, Jumaat , 12 Sept 2014

Kitorang kena buat pendaftaran pukul 3.00 petang. Lepas solat Jumaat kan.. Tapi, sebelum tu, aku balik rumah dulu bagi mengelakkan kecelaruan dan kekelam kabutan. Pagi tu, ada program Kawad Kaki dan Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum (MAKO) Alhamdulillah, rezeki aku tahun ni. Biarlah sekali daripada tak dapat langsung. At least, merasalah juga naik pentas walaupun tak ber-makeup :P Okay, then petang tu, datang sekolah pada petangnya. Bila dah nak cepat punya pasal, ada lah juga barang yang tertinggal, contohnya.. berus gigi. That’s the common thing yang aku selalu tertinggal even nak balik kampung pun.. al maklumlah, sebelum keluar, pastikan gigi dah gosok, barulah rasa segar. Kemudian, tinggalkan dalam bilik air. Ngekngok betul!

Aku dengan bersemangatnya tak sabar nak daftar. Aiiihhh... tak sabar nak duduk di asrama untuk beberapa hari sahaja. Tapi, semangat aku tak berapa nak ‘UP’ sangat gara-gara hati mula gelisah sebab berus gigi tertinggal. Mujur, ada kedai WEGA dekat dengan sekolah aku. Apa lagi, ajak kwn pergi beli. (akhirnya!) Jam pula dah menunjukkan pukul 3. Aku bergegas dengan aku, Anisa untuk masuk sekolah. (penggunaan istilah yg tidak betul) Tengok-tengok, pendaftaran belum mula lagi! Cehh! Tapi, aku tak kisah sebab aku dah biasa dengan semua ni! Mula mesti lambat! Tak tepati masa!

Macam budak ‘outsider’ kitorang paling gelabah sekali tau. Nak cop bilik! Nak sekatil dengan kawan2 lah apa lah..itulah..nak bilik sama lah.. haih.. pompuan. Tapi, aku tak. Aku kena control MACHO! Tak boleh gelabah-gelabah walaupun hati rasa nak meletup-letup! Aku sebilik dengan kawan aku, Azreen dan Amirah. Tak kisahlah walaupun katil jauh-jauh. Tetap boleh jumpa. Bukannya tak jumpa! Kena biasakan diri, sebab bila dah melangkah ke Universiti, tak da nak cop-cop bagai! Kau duduk diam-diam sampai muntah! Tu je... Bila semua dah daftarkan diri, apa lagi? Terus pergi dorm masing-masing. Letak beg. Then, Solat Asar. Pukul 5, turun padang, beriadah. Riadah paling seronok setakat ni. Bhahahahhahahahaha!!!!  Kemudian, makan. Rehat sekejap. Nak mandi semua, pergi mandi. Pukul 7, dah kena ada dekat surau. Pukul 9, start belajar! Pelajaran pertama, Bahasa Melayu. Pergh! Sejuk bhaii! Belajar dalam dewan! Indahnya rasa. Menulis sambil menikmati kesejukan dari pendingin hawa yang sememangnya membuatkan aku rasa mengantuk yang amat!! Tunggu masa nak lelap je! Hahhh!

Sabtu, 13 September 2014

Cikgu kata, bangun pukul 5.30 pagi. Tapi, lain pula ceritanya untuk dorm aku ni (DORM KHADIJAH). Bangun awal gila! Pukul 5 dah terang benderang! Woi! Aku tak habis mimpi lagi.. takpa lah.. bangun je lah. Keluar drpd dorm, tengok bilik lain, masih gelap! Pasai apa gelap? Depa tak bangun lagi ka? Takpa lah.. aku pun terus ke kamar mandi dan berjoli dalam tu! (maaf!) air dia bapak sejuk! Segar bugar lepas tu! Tengok jam, pukul 5.30. aikkk? Ramai lagi tak bangun? Dah sah diorang tidur mati!

Selesai solat, pergi makan. Macam biasa. Pukul 8.30, belajar sampai 10.30. Dimulakan dengan subjek favourite aku, ADD MATH. Diikuti pula dengan Sejarah. Tengah hari, makan, solat, lepak sekejap. Petang riadah. Malam, jam 9 belajar Bahasa Arab pula ya! Subjek Arab ni hanya untuk pelajar KAA shj. Pelajar KAB belajar Pendidikan Islam, kalau tak silap. Itu moment yang paling mencabar! Aku tercabar gila dengan kesejukan pendingin hawa tu lagi. Sejuk yang menenangkan sampai aku tersengguk-sengguk atas meja! Aaahhh!! Parah lah lagu ni! Malam tu, rasa macam lama sangat. Dalam hati berkata, “bila nak tidur ni?”

Ahad, 14 September 2014

Last day, kitorang belajar Biology pula. Actually, aku hanya menceritakan subjek aku ambil untuk aliran sains shj. Yang lain tu, biarkan sahaja. Budak KAB dan Aliran Account iktu jadual masing-masing. AKU TAK NAK MASUK CAMPUR! Untuk last day, kitorang kena bangun awal sikit. Sebenarnya, pukul 5  dah kena bangun, tapi macam biasa. Dorm aku semangat sangat nak bangun pukul 4.30 pagi. Aahhh!! Aku sabar je lah waktu tu! Nak tidur pun tak cukup. Itu yang terbawak-bawak time belajar BIO! Tahap mengantuk dia, perrrgghhh!!! But, ok what? Dah alang-alang bangun awal, kitorang berkesempatan buat Qiamullail pagi tu. Alhamdulillah Lepas dah habis solat subuh dan kuliah subuh, mcm biasa, MAKAN! Program ni tamat jam 12.30 tgh mcm tu lah. Siap dengan majlis penutup lagi. Perasaan waktu tu mmg dah tak sabar nak tidur. Nak sambung beradu di rumah. At the same time, rasa sedih juga nak tinggalkan dorm. Acah budak asrama je.. tapi, serious lah. Aku dpt juga rasa walaupun sementara. Inilah nikmat yang Allah bagi. Bersyukur 

*****
sungguh aku tidak dapat melupakan memori yang indah bersama sahabat-sahabat demi menuntut ilmu dan berjuang pada November ini! Akan aku simpan, dakap, tampal setiap cebisan detik keseronokan yang telah aku perolehi. ouuuhhh! sayunya hati~

Program tu telah berlangsung dengan jayanya! Aku pun puas hati, hati gembira, goyang kaki. Makanan pun sedap! Perut kenyang, badan berat, tidur kuat! Semoga Allah memberkati diri ini. Ameen 

Peace!


1 comment:

  1. penceritaan yang menarik. :)
    if you dont mind, our green warriors really need your support. Do click the link below and support us.

    http://ridoma.blogspot.com/2014/09/todays-youth-is-tomorrows-future.html

    ReplyDelete