27 November 2014

Entah jumpa lagi ke tidak

Assalamualaikum :)

Tup! Tap! Tup! Tap!

"kau buat apa?"

"Ambil lesen kereta. Kau pula?"

"Aku kerja. Shift petang. Polan, kau pula?"

"aku kena prepare utk PLKN. 6 Dis dah kena lapor diri..."

"Kau pula, Kitun?"

"Aku pi belajaq masaq dekat umah kawan aku...pishang duk umah sorang-sorang."

"wah, boleh lah kau masakkan untuk aku lepas balik Kem! Yay!"

*conversation ends*

Menghitung hari. Sedar tak sedar, dah 5 tahun aku kat 18. Drpd muka seposen, sampei lah muka sepuluh ringgit $_$

banyak perkara yang aku belajar sepanjang 5 tahun ni. Dulu, time sekolah rendah, semuanya nak kena orang suapkan. Semua nak kena berteman. Semua nak mengada-ngada. Tapi sekarang, aku belajar, mcm mana nak hidup berdikari, hidup lebih teratur, lebih berfikiran matang dan terus bersikap positif! Alhamdulillah.

Kan aku dah kata, muka belum matured lagi (form1)
got this from my friend, Mia. Godek punya godek jumpa!!

Pada mulanya, aku agak pemalu (err..) tapi sementara. Aku mudah untuk bergaul dengan org. Lagi-lagi time form 1, aku dilantik sbgai PENOLONG Ketua Kelas. Woah! Bangga! Bangga! Bila dah jadi penolong, acah-acah busy je. Nak keluar sana, keluar sini, hantar slip, bawak buku kawalan, uruskan itu ini. Contohilah Penolong Kelas yang Mithali ni. Heee :) Aku ingat lagi, ada seorang kwn baik aku ni. Dia yg calonkan aku utk jdi Penolong. Dia kata, "Wei, aku lantik kau sebab kau berani kot! Time orientasi, kau beranikan diri utk ke depan sbb kitorg semua malu mcm apa je..!!"
Okay. Hidung aku kembang sekejap. Wuit! Wuit!

Thanks Azreen! Aku ingat itu! Hahahah!!

Skrg masuk form 2. Wuiishh! Waktu tu boleh dikatakan 'zaman jahiliah' aku. Hahaa!! Time tu lah fenomena K-Pop mula menular di negara kita. Semua gila mcm kangaroo kena belacan! Termasuklah aku. Ehhh... Mcm budak-budak! Obses nak belajar bahasa korea lah, nak kahwin dgn mamat Korea lah, apa lah..bla ..bla... Seolah-seolah aku tak bangga dengan negara aku sendiri. Puihh! Disebabkan 'obses' punya pasal, sanggup aku duduk depan PC lama-lama nak tengok kpop. Nak practice menari dan sebagainya! Sungguh benggg!! Zaman tu jugalah aku punya result manyak hancus.. Tak fokus betul-betul! Nak seronok je! And zaman tu lah zaman yang paling aku tak suka. The worst year ever!!!

Then, masuk form 3, aku jadi baik sikit. Hahah! Sikiiittt lah. Takda nak layan kpop-kpop lagi. Nampak x?? Aku cuba bersikap lebih matang sebab akhir tahun 2011, aku menyesal tengok kpop lama-lama yg menjejaskan result aku T-T manusia..manusia.. Tak pernah serik selagi tak kena! So, bila dah nak PMR, baru sedar sikit. Baru nak fokus betul-betul. Takpa lah. Itukan salah satu cara nak majukan diri. Hee :) Kena belajar berkorban masa untuk PMR. Struggle! Struggle! Struggle! And Alhamdulillah :)

Naik form 4, aku mcm blur-blur kejap. First, aku dicampakkan ke kelas LK, then aku minta tukar Pure science sbb aku tak minat bab-bab Kejuruteraan, walaupun tetap kau kena belajar CHEMIST, PHYSICS. urgh.. Aku blur-blur sebab ramai dlm kelas aku tu budak asrama. Then, pljrn pun makin tough! Daripada 9, naik 11. Memang rasa nak pecah kepala! To be honest, aku rasa cam.. Kenapa aku pilih sains? Nak buat mcm mana? Mungkin ada hikmah. Aku percaya Allah itu tak zalim.

Bagi aku, subjek pure science ni, tak de lah teruk sangat. Siapa yg amik pure science memang bertuah sebab apa? Sebab kau boleh tahu betapa hebatnya ciptaan Allah. Misalnya, kau belajar Physics, kau akan tahu apa itu graviti, mcm mana magnet itu berfungsi, apa itu radioaktif, inertia dan momentum! Haa!! Then, bila belajar Chemistry, kau boleh tahu mcm-mcm nama yg pelik-pelik! Apa itu Isomers, isotopes, Redox, Thermochemistry, ethanoic acid, Alkane alkenes semua benda tu! Memang wei! Serious aku ckp. Memang bertuah! Lagi satu, paling best bila belajar Biology! Aku suka belajar bio, walaupun bila nak jawab exam payah sangat nak tepat jawapan aku. Naik frust aku! Aku x da lah hebat pun Bio ni. Biasa-biasa je. Tapi, bila belajar aku rasa seronok sebab aku boleh tahu apa yg ada dalam badan aku, apa yg berlaku di sekeliling aku. Aku rasa lebih dekat dengan tumbuh-tumbuhan (sampai ada kebun di rumah). Ya Allah, bersyukur sangat :)

Add Math nya pula aku x nak komen apa-apa. Haha!

Naik form 5, aku rasa dah besar. Woahh! Dah 'senior'! Ustazah pernah buat aku sentap! 

"Kamu marah bila adik-adik berkelakuan biadab terhadap kamu. Tapi, pernah kamu sedar, bahawa kamu yang telah mengajar mereka? Kerana bila kamu sudah besar, kamu bebas melakukan apa sahaja! Adik-adik ni akan perhatikan sikap kamu! Kalau kamu mengajar mereka perkara tak elok, mereka akan ikut. adakah itu akan membantu kamu di akhirat??"

memang tertusuk hati mendengar kata-kata Ustazah AQS aku. Aku faham apa yang cuba nak disampaikan oleh beliau. Macam ni, kalau kau mengajar budak 2 tahun mengaji Al Quran, dan budak itu istiqamah melakukannya, bukankah kau akan dapat sahamnya juga? Dan, kalau kau mengajar budak 2 tahun melihat perkara yang tak elok, maka sahamnya juga kau akan dapat. Kau tunggu di akhirat nanti!! Ya Allah, bersyukur aku dapat ustazah yang sentiasa mengingatkan kami pelajar form 5 yg perangai macam beruk kena belacan. Ada hikmah di sebalik semuanya! Dan, aku akan merindui semua guru yang telah banyak mengajar aku selama ni *menangis*

Tahun ni, adalah tahun paling penting buat aku. Aku kena korbankan banyak benda. Nak keluar memang boleh kira dengan jari berapa kali aku pergi. Balik kampung, pun kena sentiasa bawa buku. Dalam sibuk-sibuk aku pun, aku tak lupa Allah. Walau mcm mana sibuk sekalipun, aku tetap akan minta tolong Dia. Kita manusia yang tak boleh berdiri dengan sendirinya! Tuhan juga kau akan cari.

Setiap petang, aku akan 'stay back' dengan kawan2 aku untuk study. Memang seronok uolls belajar grouping mcm ni. aahhh... aku akan ingat kalian. Aku tak dalah hebat mana pun. Diorang yg selalu tolong aku. Pasal chemist, bio, physics, add math and arab! (subjek paling tough) aku bersyukur sebab dikurniakan rakan seperjuangan yang begitu tekun dan sabar melayan dan mengajar aku sampai aku betul-betul faham! Asal  tak faham, tanya. asal tak faham tanya. aku rasa dorang pun naik bosan. hahahaha!!! (tak baik noks) Mereka lah rakan baik aku. susah senang selalu bersama. Mereka juga pendengar yang baik, selalu dengar ceritta aku yang merepek, suka melayan aku berborak walaupun ia hanyalah MEMBOSANKAN -_- Tapi, aku puas sebab aku dapat rasakan magnet-magnet cinta yang terputik daripada ikatan persahabatan ni. Ya Allah, indahnya! indahnya!!

18 Oktober, tarikh paling penting dalam hidup aku. Bukan hari exam, tapi hari Graduasi. what??

(Batch 97, SMK Seksyen 18, Shah Alam-MSU Shah Alam)

Masa ni, panas terik! tapi... terpaksa lah untuk gambar punya pasal. habis make up iolls cair ~T_T~
yay!! Akhirnya, dapat juga aku merasa pakai baju jubah besar gedabak tu untuk kali kedua! (kali pertama waktu 6 tahun) Untuk tahun ni special sikit sebab gradution kitorang diadakan di MSU. Pergh! boleh rasa aura Universiti gituu! bajettttt~ Alhamdulillah, bersyukur sangat! tak boleh nak ckp macam mana! Sebak beb! sebakkk!! Bila dah graduate, gua dah tak jadi pelajar. Gua jadi calon. Calon SPM, bukan pelajar SPM. Calon tak calon, kau kena hadap juga SPM no matter what happen around you! Pejam celik, pejam celik, tibalah tarikh yg begitu mendebarkan! teng! tererenggg!! terererereeennggg!! Tenenenenene :)

*3 November 2014* Ouuiihh! rasa berdebar! takut dia lain macam dia, padahal kau akan hadap kertas je! Takpa, kau kuat Wa! Nak tunggu habis, 25 November tu, mak aiiiihhh lamanya! takpa, struggle! push! push! you have to force yourself! you can do it!! yeahh! Alhamdulillah, aku sihat sepanjang exam. Tak da apa-apa yg mengganggu aku. Syukur :) Dah habis, tapi belum rasa merdeka sepenuhnya sebab risau tentang result! masha allah!! Apa-apa pun, hanya bertawakkal sahaja pada Allah. Doakan aku :)

moment yg aku tak akan lupa bila duduk dlm Dewan
yang serba indah untuk jawab soalan yg penuh dengan KBAT! Waktu ni tengah
ambil exam Sejarah 3. nampak tak betapa bersepahnya meja dengan
sumber-sumber rujukan yang dibenarkan utk dibawa ke dlm dewan. 
oh ya, korang boleh nmpak aku di sebelah kanan, baju warna kuning, 
pakai handsocks warna purple. MENCAri PUBlisiti tak??

That's all from me. Serba sedikit tentang ulasan 5 tahun ni. Sebenarnya banyak lagi aku nak ceritakan, tapi aku betul-betul tak larat! Apa salahnya kan kalau nak luangkan masa sebelum aku melaporkan diri untuk Kem PLKN pada 8 Disember ni. ouh! so fast! I 'm not ready 100%. Wish me luck :)

take care,
bye :)



5 comments:

  1. SEMOGA BERJAYA YE.KUMPUL BANYAK2 KAWAN MASA KAT PLKN NANTI OKEY..HEHEH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah :) nnti nak saya akan kumpul kawan banyak2 :) *ceh!*

      Delete
  2. singgah sini :) http://www.blogparihh.com/

    ReplyDelete
  3. salam ukhuwah. good luck kak! at least, u give me spirit utk naik form 4 or 5 nanti! syukran jazilan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ukhuwah juga :) insha allah, awak boleh buat yg terbaik utk spm nnti! Bittaufiq wannajah :)

      Delete