8 November 2014

Fatamorgana

Hari ini, kau hidup menghirup oksigen percuma. Selangkah kau berada, di situlah tempat kau bermula. Fikiran yang bernas kau cari merata-rata. Ilmu yang ada jangan dilupa. Namun, nafsu membawa kau ke sesuatu tempat. Keinginan yang tinggi melampai hendak kau capai. Di luar jangkaan orang tak tahu.

Manusia memang punya angan-angan. Hidup di alam serba gah dan mewah! Fantasi itu tidak mudah utk dikecapi kerana kita bukan bidadari. Imaginasi yang bermain di fikiran membawa kau ke dunia Cinderella. Mencari jejaka yang sempurna. Hanya kerana sepasang sepatu, kau bebas! Indahnya tercipta setelah bermahligai di istana. Cukup indah! Benarlah bahawa diri mahukan FATAMORGANA!

No comments:

Post a Comment