17 December 2015

biasa-biasa

nak yang terang yang berkelip yang berbatu,

nak yang tinggi yang besar yang
panjang,

sampai suatu hari,

aku tutup mata tengok orang depan mula berkata,

"cubalah jangan melampau nanti kubur
pun sendiri jua! ukurlah baju kau
sendiri jgn cepat lupa diri!"

sabar.

jangan begitu.

kita settle cara baik.

tidakkah kalian nampak,

aku sedang memandang manusia menikmati roti 'baguette'

aku terpesona melihat manusia yang punya cahaya di muka,

memantulkan sinaran kaca yang cukup
indah,

berbaju segak dan tinggi lampai orangnya,

sambil membaca surat khabar.

jangan cepat menuduh yang enggak enggak.



malam ini

susah untuk aku ceritakan semua perasaan yang ada,

biar kau rapat sekalipun memang susah aku nak gali balik perasaan tu,

walau di rumah, susah untuk aku kata aku sakit,

kalau aku cerita pun takkan ada yang peduli,

lebih baik aku simpan untuk jadi bahan ingatan,

bukan mahu berdendam, tapi cukuplah aku pendam,

siapa ja nak layan kita? 

aku pun tak sanggup nak layan orang lebih-lebih,

duduklah atas katil sambil melukis dan luahkan pada yang Esa ! 


sekian.

25 October 2015

a noob driver in this century (?)

confirm ah ni?


yes. confirm dah dapat lesen kereta!


woohooo! 
how exited am i! ouh finally i can drive! 


`````


boleh agak kan apa reaction aku tadi?
well said, alhamdulillah. finally i got my own driving license! yay! so, where we would like to go after this? watching movies? having lunch together? shopping?


before aku amik kursus lesen, mmg aku dah reti bawak sikit sikit. setakat mati enjin tu biasa. mcm terhenjut-henjut sikit tu normal ah lagi-lagi kalau bawa manual. but then, ok sikit. abah ajar aku kawal stereng which is kena pegang ikut jam 10 dan 2. yang tu pun dah okay. so, mmg cepat ah kau dapat lesen kan?


hmm...
*tangan di dagu, angkat kening sebelah kanan*


belum.


before dpt lesen, kena hadirkan diri untuk kursus memandu dulu which is kau kena duduk dlm satu kelas selama at least 8 jam bersama dengan orang orang pelbagai peringkat umur! mcm aku, aku ambil lesen bulan 9 haritu, so..dlm kelas tu majoritinya yg dah berusia sikit dlm 25 tahun ke atas. yg sebaya aku ni..erm tak ramai. baek. dah exited tau nak belajar memandu ni! semangat acah acah berkobar je! sekali masuk kelas, ngantuk dia pergghhh!! jangan cakap! memang seriyes aku ngantuk do! masa org JPJ tu membebel memang naiklah semangat mengantuk ni. Tahan beb! Tahan!


•••••


"okay, lepas ni, dah boleh ambil Ujian Berkomputer"


first impression mcm "em..cam susah je". But i was wrong! it was easy as kacang putih you know! kalau ikutkan buku driving yg dia bagi memang tebal kalah buku Bisnes aku, but it actually doesn't. aku rasa, kalau lah tiap-tiap exam soalan mcm tu, kalau boleh aku tak nak skip kelas langsung! petik jari sudah lah.


wait.
aku nak kena cerita from A to Z ke apa ni? heheee


semua org yg pernah hadir ke kelas memandu mesti tau kan procedure dia mcm mana en. Buat RPK, RSM, QTI semua tu memang wajib dlm syllabus. But dun worry it's not really hard. chill je sudah sebab masa ni je kau nak tunjuk skema skema depan cikgu depan JPJ semua. bila dah lulus, kau boleh buat apa je. nak bawak laju-laju, slow-slow, terhenjut-henjut semua boleh asal kau tak langgar undang-undang sbb nanti lesen P kau akan digantung. rugi beb dah bayar mahal-mahal! so, behave.


•••••


aku tak nak cerita keseluruhan. apa yg terjadi masa aku bljr side parking, naik bukit, selekoh S dan Z. salah tekan clutch, mati enjin tu biasa. tapi, bila dah biasa..everything will be fine :)


so, utk mengelakkan rasa takut lps bljr, better ambil kereta auto. senang. tak yah susah-susah kalut kawal gear. ihiks! mcm aku, aku boleh kawal lagi, sebab best main tukar tukar gear ni.


•••••


7 Oktober.

Masa ni, dia punya exited memang lain macam sikit sebab kau akan berjalan satu langkah terakhir utk dptkan lesen P! yayy!!


Pandai-pandailah kau bawak diri masa test tu. Ya Allah, memang exited do! pukul 7 pagi lagi aku dh kena pi. untung lah ada agent yg tolong hantarkan. semua dia yg uruskan. tapi, aku dah boleh expect apa akan berlaku masa hari test tu sbb memang ramai gila yg akan ambil. So, kalau pi awal pun, balik kul 2 gak. lama sangat nak tunggu turn, uruskan itu dan ini. *mengeluh*


sampai masanya, nama aku dipanggil. so, aku pun buatlah RPK, RSM, Ujian dalam Litar. Masa ujian On the Road tu mcm takut sikit sbb aku biasanya gerun nak lalu roundabout. tapi, takpa. aku yakinkan diri je. Nasib lah aku dpt JPJ Perempuan. senang. takda nak awkward dah. biarlah muka dia ketat ke, kerek ke..aku tak kesah. janji aku x nak JPJ dengan lelaki.

acah acah geli je -_-

Time aku belajar, kena lalu 3 roundabout. Tapi, masa test tu, aku just lalu satu je roundabout. cuak juga bila JPJ tu suruh aku masuk tmpt JPJ. aku ada buat salah ke? jangan lah bagi aku fail. penat wei aku tunggu berjam-jam!


"Ujian Litar, LULUS"

"Ujian Jalan Raya, LULUS"


Aku baca satu persatu ayat yang tertulis dalam surat. seriyesli? aku lulus?


*mata terbeliak kejap*


tersenyum kambing tepi jalan tu. dahlah. pi masuk office tu, fotostat ic semua. then, call cikgu kau ckp yg kau dah selesai!


it was such a good experience I've ever had in this year! alhamdulillah. syukur sangat sangat! i couldn't expect that i could pass my license test! i did it! (genggam tangan api membara)


thank you Allah for the opportunity and nikmat that you've given to me. i feel so good right now. so, apa lagi? jomlah kita berjimba!!


selamat memandu kawan-kawan!
Biar lambat asal selamat. jangan bawa laju-laju tau ihikkss!


bye :)


Wordless #3

Assalamualaikum :)


21 October 2015

Pengalaman Berucap

aku masih ingat peristiwa 11 Ogos 2015 yang lalu di mana nama aku akhirnya tercalon untuk sebuah organisasi besar di tempat aku belajar sekarang!


syukur!


Pada mulanya, aku memang berhasrat utk menjadi salah seorang daripada ahli organisasi tersebut. Tapi, sebelum tu. kita baca doa makan dulu sebab aku nak makan ni.


///


Alhamdulillah, aku masih diberi peluang untuk menyambung pelajaran aku di peringkat yang lebih tinggi. Walaupun ia bukanlah di fakulti, atau dewan kuliah..namun tetap bersyukur! yang paling utama, aku setaraf dengan budak diploma ah!


ok. malas nak cerita panjang kat mana aku study sekarang, sbb nanti bosan pula.


apa yg aku exited sangat kat atas tadi? apa dah jadi? ada apa apa ke?


well, yes. memang ada apa apa. bukan mahu riak, tapi..inilah cara aku nak luahkan sesuatu. aku takda buku diari special utk catat semua memori yg pernah aku cipta. tidak. cukuplah dengan adanya blog yg tak seberapa ni utk aku ceritakan sesuatu. orang nak baca ke tak, terserah. aku tak paksa ok.



bercakap tentang berucap, pernah tak kalian merasainya dlm seumur hidup kalian? pernah? tahniah kepada mereka yg pernah! *tepuk amai amai*macam aku, kalau berucap tu memang tak pernah lagi. kalau setakat buat persembahan tu pernah. see the difference? ok. 


///


"Fitrah! nak tak ada jawatan utk MPPPU?"


"Boleh jugak. kita pun nak naikkan markah kokurikulum!"


"haa! samalah. kalau nak harapkan kita collect markah utk sukan mmg taklah sbb kita x aktif sukan. muehehe"


*****


Terserempak dengan Kak Mira (Kak May) which is known as Vice President for Majlis Perwakilan Pelajar Pra-Universiti (MPPPU) 2014/15. terus aku kejar dia sebab nak bagi borang permohonan calon tu. okay. memang nampaklah reaksi terkejut dia sbb aku mcm terkejar kejar gila waktu tu. peduli apa kan? janji aku hantar. kalau tak, sia sia je aku mekap cecantik utk gambar passport. heh


masa tu, aku mcm redha dan tawakkal je lah kan sebab aku rasa mesti ramai gila yg berebut utk mohon jawatan. Tapi aku sedar diri yg aku belum lagi layak nak mohon jawatan besar besar mcm president dan vice President. so, aku mohon utk Exco sahaja. janji markah ada. hehe


Macam kawan aku, Fitrah dia mohon setiausaha sebab masa high school dulu dia selalu pegang jawatan setiausaha utk pengawas katanya. ok lah. Aku pernah ada pengalaman Librarian je. itupun jadi kuli je. takpalah. janji ada juga penglibatan dan sumbangan yg aku bagi kat sekolah tu. 


Nak jadikan cerita, akhirnya nama aku tercalon. Alhamdulillah. masa tu aku tak high hope. kalau dapat, dapat. tak dapat, aku redha je :) 


Terkejut jugaklah. tambah tambah, jadi femes kejap. ceyy! aku dah tak rasa apa dah time tu. Takda malu malu berdiri depan bila nama kena panggil. takda lah aku nak tergedik gedik malu kucing. buat apa kan..tapi ada sedikit segan sebab berdiri depan senior. so, mcm awkward sikit lah. sikit je. tapi aku kekal macho lah


after that, the president and vice President of MPPPU which are my senior were giving a simple talk to us. They explained about the procedure to be the one of MPPPU's family. then dorang minta kita (batch 97) utk buat manifesto dan kempen! oh yezzaa!! aku pun terpinga-pinga jugaklah time tu. masa diorang cakap, aku khayal jap, memikirkan apa manifesto yg aku nak buat dalam tempoh satu minggu sahaja. next week, we're gonna present everything on the stage in front of the other students and teachers. urgghh! 


mula-mula diorang cadangkan agar kami ni buat poster masing-masing. alaa mcm Pilihanraya Umum tu! jadi, dlm kepala otak aku masa tu, asyik pikir...apa gambar yg aku nak letak. semua bendalah! dan sebenarnya aku tak nak lah! 


then, cikgu pun bagi idea sikit sikit tentang perkara ni. dia punya flow pilihanraya tu, apa yg akan berlaku, mcm mana nak present semua. ok. cun. lengkap! 


*****


lepas penat memikirkan manifesto aku, dah tiba masanya utk aku luahkan segala-galanya. baik. bercakap tentang manifesto, of course lah aku buat mana yg termampu selaras dgn jawatan yg aku nak pegang nanti. Tak nak buat manifesto panjang-panjang sebab takut tak terbuat semuanya. 


ok. jom kita berucap!


kejap. makan dulu. kan tengah jamuan raya ni! sabarlah eh. (masa tu pilihanraya diadakan sekali dengan jamuan raya)


"Calon seterusnya, (dot dot dot) dari kelas PU9 dipersilakan utk memberi dan menjelaskan manifesto anda."


bismillahirrahmanirrahim.


*mulakan ucapan*


masa tengah berucap tu, mmg nervous jugak. rasa kecut je perut ni. nasib lah tak tercicir berak kat atas stage tu. kalau tak, habis cancel semua! heee


semua org akan rasa gementarnya bukan? 


samalah mcm aku, terketar ketar jugak. pastu laju je cakap mcm Ferrari sebab guna satu nafas je. eh?


it was tiring but worth it! 

best sebenarnya bila dapat peluang berucap mcm ni. bukan senang. sebab apa? sebab inilah masanya utk kita serlahkan kebolehan kita kepada org ramai. Kena yakin, kena positif, kenaberani sahut cabaran dan kena bersedia utk perkara yg kita tak pernah buat. jangan terlalu nervous dan gelabah sangat. dan jangan terlalu exited dan over confident sebab nanti takut apa yg nak dibicarakan tu tak terungkap. hehe


selesai sahaja majlis pilihanraya tadi, kita kena tunggu keputusan berdasarkan undian yg telah dibuat oleh para pelajar dan guru.


*****


jeng jeng jeng!


*mengeliat*


"nak pakai baju apa eh? hari ni nak umum keputusan. em...pakai lelawa sikit lah."


berpeluh nak cari baju. siap nak matching dengan tudung. inilah dinamakan 'ambil semangat'!! 


sudah tiba masanya utk kita umumkan keputusan pilihanraya. Masa tu, aku tak high hope lagi. apa yg dapat, aku terima je. sebab ini undian org. takpalah..aku dah rasuah budak budak kelas aku tu supaya undi aku. hahahah! *gelak tak berapa nak jahat*


alhamdulillah. akhirnya, dapat juga aku jawatan tu. bukan jawatan Tinggi pun. tapi, itulah apa yg aku mohon. Moga aku melaksanakan tugas elok elok. hehe


Menjadi Exco Kerohanian itu nampak seperti biasa biasa je. tapi, sekali kau tak buat kerja, mmg orang dah tak respect. amboi.  


takdelah. ini kenyataan. aku cuba yg terbaik utk kebaikan semua juga. Insha allah, aku dan dua orang lagi Exco Kerohanian akan melaksanakan tugas sebaik mungkin :) 


tapi, bersyukur juga sebab tak jadi president atau naib president. kalau tak, memang pengsan lah. hehe


bila nak habis cerita ni?


ye ye. sabar. nak habis dah pun.


akhir kata, ucapan terakhir aku, terima kasih kepada semua yg membantu, yg mengundi dan yang memberi sokongan padu! moga moga ini menjadi buku baru utk aku hidupkan balik rohani dan jasmani. ceyy!! 


jerebu ni, buatkan aku kabur lah. oklah. aku chau dulu! adios!!


eh, lupa lagi nak bg salam. 
Assalamualaikum :)




8 May 2015

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur #PBAKL2015

Assalamualaikum :)

kejap. nak ambik nafas dulu. tariiiik! lepasss~ tariiiik! lepasss~
ok.

jom sambung cerita kita dari A sampai Z

bila bercakap tentang pesta buku, memang aku eksaited gila sebab aku jenis yang rambang mata bila tengok buku-buku ni semua! sampai satu tahap, aku rasa mcm nak amik semua tanpa buat sebarang bayaran. ni lah dia.

nak kata aku ni ulat buku sangat pun tak juga sebenarnya. maybe sebab dah lama aku tak beli buku-buku untuk dijadikan kawan masa bosan, tu yang nampak "tak ulat buku" sangat. Tapi, aku suka lah membaca. Memabaca blog-blog kalian yg ohshem tu pun kira okay sbb at least, aku ada juga buat something pd waktu2 lapang cenggini. and, aku lebih prefer baca majalah berbanding novel. Aku tak tahu kenapa. mungkin sebab majalah ni dia simple je. Tak perlu cetak sampai ratusan muka surat, and point yg dia bg pun mmg jelas dan tak perlu nak hadap segala saspens dan halangan. so, mudah utk aku faham.

"oohh....so kau baca ah majalah-majalah picisan sekali?"

err...mungkin itu dulu. masa aku tak berapa nak matang sangat. al maklumlah, aku ni kdg1 mudah terpengaruh dgn budak-budak acah-acah femes masa kat sekolah rendah dulu. Dorang suka baca majalah picisan mcm Little Stars (Bintang Kecil), KLIK, Teenagers (Remaja) and any kind of majalah hiburan yang aku rasa tersangatlah membuang masa dan duit kalau beli banyak-banyak! seriyes!! lepas tu, tambah pula dengan majalah e-pop (khas buat kpopers or jpopers). now, aku lebih byk baca majalah-majalah yg betul (berilmu) seperti Al-Ustaz, SOLUSI and ape ntah lagi namanya...aku tak hengat.

oh ya! aku lupa nak cakap. aku skrg ni dah tak layan k-pop sebab aku menyesal. Aku pernah menyesal gila-gila sebab layan k-pop dan memegang jawatan sebagai ahli 'k-popers' pd tahun 2010-2011. okay, skrg aku dah tak mahu ambil tahu apa-apa pasal k-pop sbb bukan minat aku. maaf.

Jadi, mulalah timbul kesedaran kat situ. Bila aku fikir balik, apa kejadahnya aku baca semua majalah picisan yang tak begitu bertauliah ni? ooppss! maaf. saya telah membangkangnya, yang Arif!

aku pun...mcm dah malas nak layan majalah2 cenggini sbb apa? sebab, once aku baca...aku tak dapat apa-apa yg aku nak. aku tak puas! aku hanya dpt, kenalan artis-artis yang menjadi idaman hati malaya atau luar negara sahaja. and that's why, aku lebih prefer majalah2 ilmiah berbanding picisan! Tapi, kalau sekadar nak baca ala kadar tu boleh je. bukan selalu.

*****

okay, pada 26 Mei 2015 kalau tak silap, aku pi buat rombongan meminang kat pee-dabelieww-tee-see sebab aku nak pinangkan kawan-kawan aku ni dgn buku-buku yang ada kat sana! sebab apa tau? sebab, masa aku scroll timeline twitter, aku nmpak byk manusia yg cuba mempromosikan jejaka2 dan anak2 dara yg comel2, hencem2 dan lawa2 serta yg sado2 sekali. Jadi apa lagi en? aku pun, terus nak pi minang dorang. mana tau, dorang berkenan. Bolehlah jadi yang halal buat mereka siap boleh peluk, cium, selak-selak dan tidur bersama pasangan masing-masing! *kejap. kau buat statement pervert ke apa ni?*

tak kisahlah. janji kitorang dapat pasangan kitorang! aku pun dah nampak dah orang-orang yg sesuai dijadikan calon dan aku yakin mereka akan menerima aku seadanya! tiada lagi istilah kawen paksa atau kawen kontrak ye!

so, aku dgn sahabat2 aku plan nak pi sana naik KTM. aaahh! konon nak naik ktm pi KL. aku tak biasa sgt pun naik ktm ni. Paling berani pun sampai Subang je sebab dekat dengan Shah Alam. Nak sampai KL tu, dia mcm kureng sikit. Yela, mana taknya...naik ktm nak pi pwtc tu jauh gak. perjalanan akan sampai ke stesen Putra. haaa! masa tu, aku terkial-kial kat mana stesen Putra tu? Jauh tak dgn pwtc? Berapa jam nak sampai sana? Mahal tak? dan pelbagai jenis soalan yg kurang logik mula bermain dlm fikiran aku. so, aku tanya parents aku...nak minta izin pd mulanya. At first, diorang mcm tak yakin and tak pasti sama ada aku selamat ke tak bila dah smpai sana. So, aku terangkan segala bnda kat diorang, and diorang izinkan...tapi bersyarat! Mesti ajak kawan, paling kurang 4 orang! okay ah.. aku pun ajak lah beberapa org kawan aku.. kami whatsapp mlm tu..and decide betul-betul. Actually, jgn tiru plan aku ni sbb plan ni adalah plan last minute. malam kau sibuk nak ckp pasal bookfair and esok nak pergi. Belum tentu semua agree kan?

So, discuss punya discuss...akhirnya kitorang batalkan plan nak pi bookfair pd keesokan harinya! okay lah aku tak marah or rasa sedih or kecewa sbb aku faham. Malam2 buta discuss, esok nak bertolak dah. memang tak sempat dan kalut ah jadinya!

Alhamdulillah, ada sorang member aku ni ajak hari khamis. Katanya, dia ajak pi pwtc dgn mak dia. So, aku akan kata okay kalau dia kata okay. Then, dia kata okay...and dia dah set masa semua. Tinggal nak gerak je. "Oklah beb!" kata aku. "esok, aku tumpang anisa...terus pi rumah kau.. then kita pi terus PWTC." jawab aku lagi. ok, CUN!

Rabbi Yassir wa la tu assir!
moga Allah permudahkan segala-galanya!

seriyes wei! aku pun mula2 mcm tak yakin gak. yela, first time aku pi KL tanpa parents aku en! And, aku bersyukur sangat-sangat sebab member aku punya mak ada ikut sekali. At least, ada juga bimbingan drpd orang dewasa en..*angkat kening dua belah* Paling best, sbb mak dia ni jenis yg suka bercerita. So, kitorang byk share benda sama-sama! and aku tak ingat apa nama mak dia. so, aku panggil 'aunty' je lah ye.


and yeahh! Kami dah berada di pee-dabeliew-tee-see!! yayy!!

 nah..tu dia rupa pee-dabeliew-tee-see yg tak pernah aku jejak. 
so, dia mcm batak ciked! jangan gelak!

nasib kitorang bertolak awal.. err tak dalah awal sangat, tapi oklah~ tak da ah sesak tahap gaban pun. And, aku keluarkan bucket list aku yg aku dah catat dlm phone! Ok, now! kita masuk dlm, and pusing-pusing and cari buku apa yg nak! hehehe~ bila masuk je! aku punya dah terbeliak luas!

wooooaaahh!! banyaknya buku! serabut wei! serabut! dengan tebaran manusia lagi, dengan buku-bukunya lagi...dengan bisingnya lagi...nasib sejuk! sebab ada air-cond :)

Ok lah...not bad lah. sambutan bookfair pun boleh tahan juga rancaknya! aku pun dah lama tak tengok suasana bookfair mcm ni! selalu bizi je. haiihh~ so, bila dah ada peluang ni...apa lagi? meh lah kita borong! (aku tak borong sbb aku beli ikut bajet)

daripada ground floor sampai lah ke tingkat 4/5...and you know what? iolls jumpa seseorang beb! seorang yg mmg femes gila! (bukan retis) seorang yg tak pernah kedekut dengan senyuman. seorang yang penuh dengan ilmu! seorang yang penuh dengan semangat yg jitu! itulah dia, Prof Muhaya! wahh!! meh kita kasi big applause ciked sambil nyanyi bersama Lady Gaga!!

wahh! tak sangka! akhirnya dapat juga aku jumpa dia secara live! almaklumlah, sbelum ni tengok kat tv je. teringin juga nak tgk secara live en! tapi, masih belum berkesempatan utk berbual dengan beliau! Tapi, seriyes cakap, beliau mmg *tunjuk thumbs up* orangnya! senyum je! mcm yg korang tgk dlm tv tu.. hehehe :)

Then, kami sambung tawaf dlm pwtc sebanyak 3 kali je. sebab tawaf kat pwtc tak termasuk rukun haji dan tak wajib dilakukan pun. Jadi, bergantung pd mereka, berapa kali nak tawaf dlm pwtc tu. wokeyh?

"aahh!! aku tak puas! aku nak buku tu! Tapi, tak cukup bajet!"

"wei, buku apa do?"

"tu! Buku DIAgnosis 1 and 2"

"best ke buku tu?"

"entoh..tapi aku berminat nk baca and aku kuriyes gila dgn buku tu! Kau tau en, sapa penulis dia..?"

"haa...tahu. Fatin Liyana en? Blogger yang ohshem tu!"

"haaa ye!"

tu diaaa! Prof Muhaya atas stage beb!
tangkap dri jauh pun takpa, janji ada :p



lebih kurang begitulah konversasi pendek antara aku dgn anisa. Takpa ah, mybe next time aku beli kot. Tapi, aku tetap nak jugak buku tu! Tak kira! Lambat pun takpelah! Janji aku tak terlibat dgn mana-mana pinjaman buku drpd sesiapa! eh. jap. nak pinjam ke? oh...korang nak kasi aku pinjam ke? terima kasihlah. aku ni kalau sekali pinjam buku orang, mmg lambat aku nak bagi. jadi, mohon elakkan drpd kasi aku pinjam (unless kalau buku2 pelajaran ah). And that's why aku tak berani nak pinjam sbb aku tau...bila aku pinjam org punya, aku mmg sengaja lambatkan pembacaan..ahaha..maaf. *chuckle*

oklah.. dah aku malas nak citer mcm mana aku dpt grab semua buku yg aku dh beli! sekarang kita di level X kan. ada 2 level utk diharungi sampailah ke level Z. ok jom!

masing-masing dah penat. kaki, lutut semua mcmnak goyang. Perut jgn ckp ah.. menyanyi je tak henti-henti! ceitt! takpa, sabar. time puasa boleh pulak tahan en? and aku pun ntah apa2 gak...tak sarapan dulu buat alas perut. Tapi, aku tak meragam ye. mohon. and aunty pula nak belanja kitorang makan...hehe..mcm tau-tau je :D alhamdulillah :) selesai makan, balik...solat dan teruskan balik...akhirnya tidur.

dah tercapai! and jom kita start baca! cuma sadis...sebab 
DIAgnosis part 1&2 tak ada

okay...jom balik!
Alhamdulillah, masa tu aku have fun sangat-sangat sebab hasrat aku nak pi bookfair antarabangsa akhirnya tercapai! Ya Allah...syukur sebab semuanya berjalan lancar and takda apa-apa yg buruk berlaku. Moga Allah berkati korang semua! ameen :) maybe lepas ni, dah tak jumpa lagi en. Masing-masing akan buat hal sendiri, hidup sendiri, belajar sendiri..mybe ada yg akan kawen tak lama lagi ke..jodoh en, sapa tahu? Aaaahhh! sungguh aku akan rindu semua kenangan yg pernah kita lalui bersama! nanges!

tunggu sat! aku nak pi amik tisu. tengah sebak sangat ni.

Moga Allah jaga korang baik-baik :) biar berjauhan asal dekat di hati. aicehh!!

okay, skrg dah masuk level Z.

akhir kata,
peace!!


28 April 2015

the word(s)

assalamualaikum :)

hey!
seems like iolls tgh busy tanam anggur kat rumah kan, why not kalau kita menelaah sikit puisi hebat drpd seorang penulis yg super-duper awesome ni!

sebelum tu, Encik Samad nak cakap "hai!" dulu :)

saujana waktu masih berdiri
diantara laut dengan pantai
membawa ombak dan ruang
bertindihan dalam kepasrahan
perjalanan tawakal yang memanjang
manis ke suatu permulaan

masih segar seorang anak kecil
dalam diri memanggil-manggil
berlari dan berlari jauh
bangun dan terjatuh
mengejar ilusi kehidupan
seindah fatamorgana perasaan

masih suara-suara bersahutan
berwajah seribu kebimbangan 
melebarkan imej-imej kedewasaan
nun kala musim-musim perantauan
camar yang terus berterbangan 
melebar di dunia tanpa sempadan

masih di sini, warna dan bayang-bayang
melontarkan malam dan siang
destinasi yang bersimpang siur
mengasak jiwa untuk bersyukur
hitam putih visual rentetan realiti
dari pasang surut gelombang emosi!


CAMAR MASIH BERTERBANGAN
Mohd Fudzail bin Mohd Nor



wordless #2

Assalamualaikum :)


15 April 2015

New Team, New Experience!

Assalamualaikum :)

udeh lama aku nak buat entry pasai benda ni sebenaqnya. Tapi, sbb malaih sgt nak upload gambar masuk pc tu yg asyik tangguh ja. Na...skrg, rajin update sebab bosan tanam anggur di rumah. Masha Allah, sumpah bosan duduk rumah wei! tapi takpa lah... sekali sekala jadi bibik pun okay what~ it doesn't mean yg aku diperhambakan di rumah. haha! waduh!!

yes, since aku di kem dulu, mmg aku tak jangka pun akan ada pertandingan sukan mcm bola baling, bola jaring, ke apa ke. 2 minggu sebelum balik JL nak adakan pertandingan antara kompeni. At first, aku mmg tak nak join sebab aku takda lah aktif mana pun bab-bab sukan berat-berat ni. Time sekolah rendah tu adalah. Naik sekolah menengah gedik tak nak join.. nak jaga muka katanya~ jaga tak jaga, muka burn juga! waduhh! Then, JL minta semua org utk terlibat sama. So, i was like..."alaaaahhhh!!" serious, kalau boleh aku nak jadi audience je. hehee Ok lah takpe, nak tak nak on kan je lah. kang nanti tak pasal-pasal org mengata pula. haha! Kat sekolah aku merupakan ahli kelab bola tampar (volleyball) so aku tau lah juga basic main bola tampaq ni. Memang susah juga mula-mula tu dan sungguh menyiksakan sebab kena guna kuasa pergelangan tangan bila nak tampaq bola tu and make sure jarak tu sampai lah~

This awesome team were wearing the super duper 
new jersey! yayy! and where me??

It's quite hard jugalah main bola tampaq ni. Paling stress bila pihak lawan tampar bola and kau tak boleh nak aim bola tu. So, kau membiarkan bola tu melantun seorang diri dan kau mcm orang yg super  duper GELABAH nak tangkap bola dengan tangan kau yang cukup tak kuat tu! hahah! (pengalaman sbnrnya) Nasib lah ada kawan yg terer juga main bola tampaq ni. Dia lah yg ajar aku dan kwn-kwn yg lain basic semua.. so far so goooood! And, aku bagilah nama dekat sorang dormate aku, Nisha (indian-chinese) sebab dia yg uruskan bola tampar utk kompeni aku. Ok lah~ aku pun..tau basic je..hm.. muka redha je la time tu. Then, bila aku fikir balik, aku kdg2 ni gelabah nak tangkap bola, then buatnya tak dapat aku tangkap bola tu, pasti malu! hahha! ke situ fikir nya! kau tahu je lah, penontonnya bukan gadis-gadis shj, laki-laki juga termasuk tau! Tak pasal-pasal kena "boooo!" pulak! haaiiihhh~ pikir byk kali jugak lah.

Sampai suatu masa, ada org budak sebelah katil aku, Amal offer aku utk main Handball (bola baling). Hmm.... handball ni favourite aku sebenaqnya! Lama dah aku tinggal game ni. Start main time darjah 4 sampai darjah 6. Tempat pertama, Kedua. So, aku rasa aku agak okay kot dlm game ni.. ehhee~ betapa ruginya aku tak join handball time sekolah menengah?!! *muka menyesal* lahaiii... tapi, okay je, sebab handball tak leceh mcm bola jaring yg kena stop stop tu. And handball ni tak payah susah-susah dongakkan kepala nak shoot mcm bola jaring. kau campak je kuat-kuat, nanti masuklah tu dlm gol!! Basically, cara main handball tak susah. Jalan tiga langkah then kau pass je kat team kau. kalau nak gerak more than three times, kau just bump je bola tu. kau nak bump sampai masuk gol pun tak kesah! senang kan? lagi mudah drpd volleyball. So, aku ubah fikiran yg aku nak tukar kepada handball. Volleyball, TAK JADI! hahaha! gedik* and Nisha pun kata okay, but still kena cari new player utk gantikan aku. ahaha! sorry beb!

Amal jadi coach utk Team handball kitorang. Dia ada pengalaman and dia pun hebat gak main handball. katanya. So, beberapa hari sebelum lawan, kitorang practice depan dorm. That was awesome sebab practice guna bola plastik (surat khabar dan salotape) and ada mcm tembok kecik depan bilik air utk dijadikan gol. hahaha! okay what? sometimes, we should be a bit rare kan? tak salah right? Dengan pakai t-shirtnya, seluar pendeknya. hahaha! sempoi sangat! and...psssttt "orang lain duk usha-usha kitorang main...hehehe"

Strategi siap! Shooter siap! Wall siap! Goal Keeper siap! Centre siap! apa lagi?

BAJU! ye.. baju.

well, kitorang decided utk pakai baju sama (memanglah), tapi, takdalah corak sama utk perlawanan pertama tu. warna sama dah cukup. ok lah. Takut juga sbnrnya. Aku punya sampai tak leh tidur lena mengenangkan perlawanan tu. Nervous lah sebab game ni kalah mati. Kau kalah kau mati. haa gitu! aahahha! tak lawak tak yah gelak. and, jeng! jeng! jeng! tu dia! dah masuk court and apa lagi? cabut undi ah! Nasib aku jadi pemain simpanan dulu. boleh tgk-tgk sikit. Second time aku ganti tempat sape ntah aku tak ingat. And, mmg gementar wei! menggigil wei tangan. Tapi, lama-lama tu okay. then! GOOOOAAALLL!! Untuk mata pertama, 1-0 *senyum* oklah...nasib shooter aku ni boleh tahan kuat dia baling. Then, bola kat tangan aku ni, kwsn kosong. Wall takda, apa lagi? Kita kasi bump itu bola sampai ke pintu goal dan aku baling bola sekuat hati dan itu dia! Goaaaallll pertama dri saya!! yayyyyy!! *angkat tangan* and now, 2-0...hahahaa!

prriiiitttt! masa tamat! and we won!
 
itu cerita utk first perlawanan. okay now, kita pergi ke final pula. Memang sengit sebab kitorang lawan dgn budak Alpha yg mana aku rasa semua game dorang habis bolot semua! Kimbek betul! Kali ni team kami kalah 0-5 hahahahhahahahah! sumpah lah.. sakit-sakit badan aku dibuatnya! First, dorang main super duper ganas, and aku ni...ntah berapa kali kena tolak dengan seorang player dorang yg super duper tinggi!! Ya Allah...dengan kaki aku yang terseliuh lagi.. masha allah! Aku dah tak larat. Pinggang aku sakit! hhahaa! Aku boleh tahan separuh masa je. Sedih betul. Yang paling sedihnya, takda satu mata pun tau! gila betul! but, it's okay. Aku tak kisah sebab at least bukan tempat ketiga keempat. No 2 pun jadilah. Okay ah tu.. chill sudeh~ And, sebelum lawan, kitorang amik semangat dulu, kitorang kumpul ramai-ramai, warm up kejap and yg paling febelesnya team kami, kitorang punya baju dah sama!! punya exited ah sebab baju sama en, nasib cikgu dorm kitorang super duper sporting! Bayar je baju jersey RM 10, cikgu belikan. hahah! sayangggg cikkguuuuu! *muaaahhh cikeeedd* erk...

Kalah menang tu tolak tepi dah. The most important was experience lah. it was a great experience that i've ever had in handball! sebab bukan senang nak dapat experience mcm ni. To me, biar tak wakil sekolah, asal wakil PLKN. sempoi kan? serious aku bersyukur sangat sebab dicampakkan ke kem yg super duper annoying but interesting ni! Semua enjoy, aku lagi enjoy! Thanks for everything! Love you so much and much and much and much and much!!



peace!

7 April 2015

Kata Bahagia

assalamualaikum :)

Manusia tak kata dia bahagia bila ada semut hitam keliling rumah,
Kerana mereka anggap bahagia itu ibarat,
Kaca dan tembikar atas meja,
Sedang kita tak sedar kaca dan tembikar boleh pecah,
maka, bahagia itu boleh pecah juga.


Bahagia mata senang nak jumpa dengan adanya senyuman yang lebar,
mekar hati aku dah puas sebab kita boleh ketawa semula
Muka tak selalunya ketawa,
Gusi tak selalunya basah,
Mata tak selalunya bercahaya, 
Cukup bagi aku membuat orang lain ketawa,
tanpa rasa duka,
sebab aku tak mahu melihat orang berduka,
Walau aku sendiri menanggung duka! 



Bila Selalu Menghina

Assalamualaikum 

memandangkan hari ni cuaca agak serious, maka aku rasa aku nak ckp benda yang serious jugak..haha ceh! Dah lama aku perati perangai orang kita sekarang yang berbagai-bagai perangai dan sikap yang tak reti nak duduk diam. Alangkah baiknya kalau kita sama-sama turun padang mengeratkan lagi hubungan silaturrahim demi mempertahankan agama, bangsa dan negara kita sekali. Tak gitu?

*credits to google*
Sekarang aku selalu juga on Facebook sbb dah tak tau nak buat apa lgi kat rumah selain menanam anggur tepi jalan dan tunggu sampai reput! Jadi aku bukak pun hanya nak luangkan masa dan aku boleh tahu sedikit sebanyak tentang info-info menarik serta buletin-buletin yg sedang hangat diperkatakan dan tak lupa juga...nak tahu juga orang kita menghina dan mengomen-ngomen benda-benda tak elok ni! Almaklumlah, orang kata..sekarang semuanya berada di hujung jari. Nak apa-apa semua dengan jari. klik sana! klik sini! klik situ! klik! klik!klik! Tak menang jari dibuatnya! bagilah dia berehat skjp. And tak lupa juga, skrg ni nak buat dosa pun hanya di hujung jari sahaja! Mudah dan cepat! Wah! DOSA! DOSA! DOSA! DOSA! DOSA! mana kau? ha ha ha ha ha ha!

Seperti yang sedia maklum, laman-laman sosial ini jugaklah yg menjadi medan fitnah antara agama dan bangsa! Agama yang sama sanggup memfitnah agamanya sendiri. Bangsa yang sama sanggup memfitnah bangsanya sendiri. Negara yang sama sanggup memfitnah negaranya sendiri. Tak tahu malukah kita semua?! Sampai bila kita nak hidup dalam keadaan dan suasana yang penuh dengan ke-negatif-an semua!??! sampai bila? Sampai kau dapat tengok betapa panjangnya resit yg Allah bagi dan tercatatnya dosa-dosa kita ni! Sungguh bnda ni memang macam kerbau busuk!and yang paling mengejutkan aku, apabila kita ni sanggup menghina pemimpin dan anak beranak dia sekali sampai mengatakan mereka mempunyai 'HATI BUSUK'. sungguh terkejut dengan komen-komen yg mcm ni. Ada juga yg sanggup dan berani meng-editkan gambar yang bukan-bukan dan meletakkan wajah-wajah pemimpin untuk dijadikan bahan jenaka! jarang yg cuba mempertahankannya! eh, bro...cik adik...kalau depa semua tak suka atau benci sangat sekalipun, tak usah lah dok buat jenaka-jenaka yang mcm babi semua tu! Takdak hasilnya pun. Yang anda dapat cuma DOSA! DOSA sahaja! 

Ada juga yg memanggil mereka dengan pelbagai gelaran (aku tak ingat). ada juga yang mengomen "Dorang ni kalau dah Hati Busuk mmg susah nak terima nasihat..." (lebih kurang cmtu lah ayatnya). eh, sedagha sedaghi sekalian, apakah hak anda untuk mengatakan bahawa mereka ni dah busuk hati dan sebagainya? Apa yg anda boleh lakukan? sudah bersihkah hati-hati anda semua? Sudah cukupkah solat 5 waktu anda? Berapa lama nak tangguh-tangguh solat? Sudah cukup penuhkah puasa fardhu anda? Sudah banyak kalikah anda mengkhatam kitab suci Al Quran? Sudah cukup alimkah anda untuk memahami segala hadis nabi? Sudah cukup sempurnakah amal ibadah anda? Sudah cukup kayakah anda semua dengan memberi sedekah kpd fakir miskin dan anak-anak yatim? Sudah cukup alimkah anda semua? Sudah? Kalau belum, rasanya anda perlu berkata pada diri sendiri bhawa hati masih busuk! Tahap ego anda tu, kalau boleh anda saja yg nak menang! Tak mau dengar nasihat! Hati Busukkah anda semua??!!?! Jadi, bukan tugas kita untuk menghukum seseorang dan menila sesuka hati saja! Dalam masa kalian menghina, pernah tak kalian ingat pada Tuhan? Pernah tak setiap kali menghina anda terus beristighfar? Sedar tak? Jadi, kita hidup dlm pelbagai jenis masyarakat, dan cubalah ubah sikap taik lembu kalian!

Bukan berkaitan isu politik sahaja, malah isu-isu kematian anak atau orang awam pun mampu menjadi "viral" dlm media sosial. dan yg lebih teruk lagi apabila mereka sanggup mengutuk-ngutuk perbuatan ibubapa yang kononnya menjadi punca anak mereka mati! Ya Allah, sampai beginikah kita berfikir? Ceteknya fikiran orang kita! Setiap yg berlaku ada sebabnya, dan Kun Faya Kun! apabila Allah kata jadi, maka jadilah ia! Ini semua sudah qada' dan qadar. Apa guna kita belajar tinggi tapi x mampu menerima Qada' dan Qadar? apa gunanya kita menjadi jutawan atau memiliki syarikat-syarikat besar tapi masih x mampu menerima Qada' dan Qadar? apa gunanya semua itu? Lihat, berapa banyak jenayah yg dilakukan oleh orang kita? Rasuah, syubhah, riba, berjudi, berzina dan mengambil harta anak-anak yatim! Masha Allah...na'uzubillahi min zalik! Patutlah Islam skrg tak mampu berdiri balik! Kafirun menindas kita dengan begitu sahaja! Patutlah! sedang kita leka dengan duniawi, tak kita sedar Kafirun mentertawakan umat Islam! Naahhh...banggakah kita menjadi FITNAH KEPADA AGAMA sendiri? 

saya ulang,

FITNAH KEPADA AGAMA SENDIRI

Biar tak sempurna atau kotornya hati seseorang itu, jangan kita cepat menilai. Walau kita x suka pada sikap dan orangnya, jangan mudah kita hina. Berdoalah! Berdoalah agar mereka diberi hidayah dan petunjuk drpd Allah. Berdoa juga pada diri kita agar sentiasa tawaduk dan dijauhkan drpd hasutan-hasutan syaitonirrajim! Doa itu adalah senjata bagi umat Islam! jadi doa lah banyak-banyak! Tak da guna kalau setakat maki hamun kerana itu tak memberi apa-apa kesan yg bombastik kpd si dia, malah memberi kesan buruk bg diri kita kerana sebab kita dia dapat pahal dan sebab kita juga, kita dapat dosa! dan untuk entry ni bukanlah aku nak membela mana-mana pihak, cuma aku kasihan melihat perangai orang kita yang semakin lama semakin kejam dalam diam! Nampak baik sekalipun belum tentu hatinya juga baik! Sama-sama kita ubah sikap bodoh ni dan kita  bertaubat.. moga Allah bagi hidayah kepada kita semua agar kita dapat berjalan lurus sehingga ke syurga! Wallahu a'lam

peace!


7 March 2015

21 February 2015

Penyambut Kata

 Assalamualaikum :)

long time no see kan? ahh! rindu kalian! acah-acah fans ramai pulak?!
72 hari aku menghilangkan diri dan mula betapa di sebuah tempat yang penuh dengan suka dan duka. lahaii.. cepat pula masa berlalu. Wei, sumpah lah! aku rindu pula tempat tu! 

Aku tak mahu cerita panjang. cukuplah sekadar aku menunjukkan diri aku sahaja. Dah lama aku tak usha blog ni, nak baca blog-blog kalian yang super-hebat tuh! dah lama tak usha Giveaways yang meletup-letup tu. dah lama tak usha 'abang-abang' hensem siap dengan kaca mata hitam tu. oouii~ kamek rindu! Kamek rindu!

Nak cerita satu persatu memang tak lah buat masa sekarang ni. aku dah penat. mood nak menulis panjang-panjang belum sampai lagi. Nantilah.. bila keadaan sudah pulih, Insha Allah akan di-update cerita-cerita gempaks! (non-gempaks) Apa-apa pun, mulakan hari kalian dengan senyuman dan bismillah. Moga Allah redha :)

Di sini bermulanya kisah pahit dan manis.
Di sini bermulanya kisah cinta dan benci.
Di sini bermulanya panas dan sejuk.
Di sini bermulanya Persahabatan.
Di sini bermulanya kejujuran.
Di sini bermulanya Kekuatan!


*to be continued*