7 April 2015

Bila Selalu Menghina

Assalamualaikum 

memandangkan hari ni cuaca agak serious, maka aku rasa aku nak ckp benda yang serious jugak..haha ceh! Dah lama aku perati perangai orang kita sekarang yang berbagai-bagai perangai dan sikap yang tak reti nak duduk diam. Alangkah baiknya kalau kita sama-sama turun padang mengeratkan lagi hubungan silaturrahim demi mempertahankan agama, bangsa dan negara kita sekali. Tak gitu?

*credits to google*
Sekarang aku selalu juga on Facebook sbb dah tak tau nak buat apa lgi kat rumah selain menanam anggur tepi jalan dan tunggu sampai reput! Jadi aku bukak pun hanya nak luangkan masa dan aku boleh tahu sedikit sebanyak tentang info-info menarik serta buletin-buletin yg sedang hangat diperkatakan dan tak lupa juga...nak tahu juga orang kita menghina dan mengomen-ngomen benda-benda tak elok ni! Almaklumlah, orang kata..sekarang semuanya berada di hujung jari. Nak apa-apa semua dengan jari. klik sana! klik sini! klik situ! klik! klik!klik! Tak menang jari dibuatnya! bagilah dia berehat skjp. And tak lupa juga, skrg ni nak buat dosa pun hanya di hujung jari sahaja! Mudah dan cepat! Wah! DOSA! DOSA! DOSA! DOSA! DOSA! mana kau? ha ha ha ha ha ha!

Seperti yang sedia maklum, laman-laman sosial ini jugaklah yg menjadi medan fitnah antara agama dan bangsa! Agama yang sama sanggup memfitnah agamanya sendiri. Bangsa yang sama sanggup memfitnah bangsanya sendiri. Negara yang sama sanggup memfitnah negaranya sendiri. Tak tahu malukah kita semua?! Sampai bila kita nak hidup dalam keadaan dan suasana yang penuh dengan ke-negatif-an semua!??! sampai bila? Sampai kau dapat tengok betapa panjangnya resit yg Allah bagi dan tercatatnya dosa-dosa kita ni! Sungguh bnda ni memang macam kerbau busuk!and yang paling mengejutkan aku, apabila kita ni sanggup menghina pemimpin dan anak beranak dia sekali sampai mengatakan mereka mempunyai 'HATI BUSUK'. sungguh terkejut dengan komen-komen yg mcm ni. Ada juga yg sanggup dan berani meng-editkan gambar yang bukan-bukan dan meletakkan wajah-wajah pemimpin untuk dijadikan bahan jenaka! jarang yg cuba mempertahankannya! eh, bro...cik adik...kalau depa semua tak suka atau benci sangat sekalipun, tak usah lah dok buat jenaka-jenaka yang mcm babi semua tu! Takdak hasilnya pun. Yang anda dapat cuma DOSA! DOSA sahaja! 

Ada juga yg memanggil mereka dengan pelbagai gelaran (aku tak ingat). ada juga yang mengomen "Dorang ni kalau dah Hati Busuk mmg susah nak terima nasihat..." (lebih kurang cmtu lah ayatnya). eh, sedagha sedaghi sekalian, apakah hak anda untuk mengatakan bahawa mereka ni dah busuk hati dan sebagainya? Apa yg anda boleh lakukan? sudah bersihkah hati-hati anda semua? Sudah cukupkah solat 5 waktu anda? Berapa lama nak tangguh-tangguh solat? Sudah cukup penuhkah puasa fardhu anda? Sudah banyak kalikah anda mengkhatam kitab suci Al Quran? Sudah cukup alimkah anda untuk memahami segala hadis nabi? Sudah cukup sempurnakah amal ibadah anda? Sudah cukup kayakah anda semua dengan memberi sedekah kpd fakir miskin dan anak-anak yatim? Sudah cukup alimkah anda semua? Sudah? Kalau belum, rasanya anda perlu berkata pada diri sendiri bhawa hati masih busuk! Tahap ego anda tu, kalau boleh anda saja yg nak menang! Tak mau dengar nasihat! Hati Busukkah anda semua??!!?! Jadi, bukan tugas kita untuk menghukum seseorang dan menila sesuka hati saja! Dalam masa kalian menghina, pernah tak kalian ingat pada Tuhan? Pernah tak setiap kali menghina anda terus beristighfar? Sedar tak? Jadi, kita hidup dlm pelbagai jenis masyarakat, dan cubalah ubah sikap taik lembu kalian!

Bukan berkaitan isu politik sahaja, malah isu-isu kematian anak atau orang awam pun mampu menjadi "viral" dlm media sosial. dan yg lebih teruk lagi apabila mereka sanggup mengutuk-ngutuk perbuatan ibubapa yang kononnya menjadi punca anak mereka mati! Ya Allah, sampai beginikah kita berfikir? Ceteknya fikiran orang kita! Setiap yg berlaku ada sebabnya, dan Kun Faya Kun! apabila Allah kata jadi, maka jadilah ia! Ini semua sudah qada' dan qadar. Apa guna kita belajar tinggi tapi x mampu menerima Qada' dan Qadar? apa gunanya kita menjadi jutawan atau memiliki syarikat-syarikat besar tapi masih x mampu menerima Qada' dan Qadar? apa gunanya semua itu? Lihat, berapa banyak jenayah yg dilakukan oleh orang kita? Rasuah, syubhah, riba, berjudi, berzina dan mengambil harta anak-anak yatim! Masha Allah...na'uzubillahi min zalik! Patutlah Islam skrg tak mampu berdiri balik! Kafirun menindas kita dengan begitu sahaja! Patutlah! sedang kita leka dengan duniawi, tak kita sedar Kafirun mentertawakan umat Islam! Naahhh...banggakah kita menjadi FITNAH KEPADA AGAMA sendiri? 

saya ulang,

FITNAH KEPADA AGAMA SENDIRI

Biar tak sempurna atau kotornya hati seseorang itu, jangan kita cepat menilai. Walau kita x suka pada sikap dan orangnya, jangan mudah kita hina. Berdoalah! Berdoalah agar mereka diberi hidayah dan petunjuk drpd Allah. Berdoa juga pada diri kita agar sentiasa tawaduk dan dijauhkan drpd hasutan-hasutan syaitonirrajim! Doa itu adalah senjata bagi umat Islam! jadi doa lah banyak-banyak! Tak da guna kalau setakat maki hamun kerana itu tak memberi apa-apa kesan yg bombastik kpd si dia, malah memberi kesan buruk bg diri kita kerana sebab kita dia dapat pahal dan sebab kita juga, kita dapat dosa! dan untuk entry ni bukanlah aku nak membela mana-mana pihak, cuma aku kasihan melihat perangai orang kita yang semakin lama semakin kejam dalam diam! Nampak baik sekalipun belum tentu hatinya juga baik! Sama-sama kita ubah sikap bodoh ni dan kita  bertaubat.. moga Allah bagi hidayah kepada kita semua agar kita dapat berjalan lurus sehingga ke syurga! Wallahu a'lam

peace!


No comments:

Post a Comment