15 April 2015

New Team, New Experience!

Assalamualaikum :)

udeh lama aku nak buat entry pasai benda ni sebenaqnya. Tapi, sbb malaih sgt nak upload gambar masuk pc tu yg asyik tangguh ja. Na...skrg, rajin update sebab bosan tanam anggur di rumah. Masha Allah, sumpah bosan duduk rumah wei! tapi takpa lah... sekali sekala jadi bibik pun okay what~ it doesn't mean yg aku diperhambakan di rumah. haha! waduh!!

yes, since aku di kem dulu, mmg aku tak jangka pun akan ada pertandingan sukan mcm bola baling, bola jaring, ke apa ke. 2 minggu sebelum balik JL nak adakan pertandingan antara kompeni. At first, aku mmg tak nak join sebab aku takda lah aktif mana pun bab-bab sukan berat-berat ni. Time sekolah rendah tu adalah. Naik sekolah menengah gedik tak nak join.. nak jaga muka katanya~ jaga tak jaga, muka burn juga! waduhh! Then, JL minta semua org utk terlibat sama. So, i was like..."alaaaahhhh!!" serious, kalau boleh aku nak jadi audience je. hehee Ok lah takpe, nak tak nak on kan je lah. kang nanti tak pasal-pasal org mengata pula. haha! Kat sekolah aku merupakan ahli kelab bola tampar (volleyball) so aku tau lah juga basic main bola tampaq ni. Memang susah juga mula-mula tu dan sungguh menyiksakan sebab kena guna kuasa pergelangan tangan bila nak tampaq bola tu and make sure jarak tu sampai lah~

This awesome team were wearing the super duper 
new jersey! yayy! and where me??

It's quite hard jugalah main bola tampaq ni. Paling stress bila pihak lawan tampar bola and kau tak boleh nak aim bola tu. So, kau membiarkan bola tu melantun seorang diri dan kau mcm orang yg super  duper GELABAH nak tangkap bola dengan tangan kau yang cukup tak kuat tu! hahah! (pengalaman sbnrnya) Nasib lah ada kawan yg terer juga main bola tampaq ni. Dia lah yg ajar aku dan kwn-kwn yg lain basic semua.. so far so goooood! And, aku bagilah nama dekat sorang dormate aku, Nisha (indian-chinese) sebab dia yg uruskan bola tampar utk kompeni aku. Ok lah~ aku pun..tau basic je..hm.. muka redha je la time tu. Then, bila aku fikir balik, aku kdg2 ni gelabah nak tangkap bola, then buatnya tak dapat aku tangkap bola tu, pasti malu! hahha! ke situ fikir nya! kau tahu je lah, penontonnya bukan gadis-gadis shj, laki-laki juga termasuk tau! Tak pasal-pasal kena "boooo!" pulak! haaiiihhh~ pikir byk kali jugak lah.

Sampai suatu masa, ada org budak sebelah katil aku, Amal offer aku utk main Handball (bola baling). Hmm.... handball ni favourite aku sebenaqnya! Lama dah aku tinggal game ni. Start main time darjah 4 sampai darjah 6. Tempat pertama, Kedua. So, aku rasa aku agak okay kot dlm game ni.. ehhee~ betapa ruginya aku tak join handball time sekolah menengah?!! *muka menyesal* lahaiii... tapi, okay je, sebab handball tak leceh mcm bola jaring yg kena stop stop tu. And handball ni tak payah susah-susah dongakkan kepala nak shoot mcm bola jaring. kau campak je kuat-kuat, nanti masuklah tu dlm gol!! Basically, cara main handball tak susah. Jalan tiga langkah then kau pass je kat team kau. kalau nak gerak more than three times, kau just bump je bola tu. kau nak bump sampai masuk gol pun tak kesah! senang kan? lagi mudah drpd volleyball. So, aku ubah fikiran yg aku nak tukar kepada handball. Volleyball, TAK JADI! hahaha! gedik* and Nisha pun kata okay, but still kena cari new player utk gantikan aku. ahaha! sorry beb!

Amal jadi coach utk Team handball kitorang. Dia ada pengalaman and dia pun hebat gak main handball. katanya. So, beberapa hari sebelum lawan, kitorang practice depan dorm. That was awesome sebab practice guna bola plastik (surat khabar dan salotape) and ada mcm tembok kecik depan bilik air utk dijadikan gol. hahaha! okay what? sometimes, we should be a bit rare kan? tak salah right? Dengan pakai t-shirtnya, seluar pendeknya. hahaha! sempoi sangat! and...psssttt "orang lain duk usha-usha kitorang main...hehehe"

Strategi siap! Shooter siap! Wall siap! Goal Keeper siap! Centre siap! apa lagi?

BAJU! ye.. baju.

well, kitorang decided utk pakai baju sama (memanglah), tapi, takdalah corak sama utk perlawanan pertama tu. warna sama dah cukup. ok lah. Takut juga sbnrnya. Aku punya sampai tak leh tidur lena mengenangkan perlawanan tu. Nervous lah sebab game ni kalah mati. Kau kalah kau mati. haa gitu! aahahha! tak lawak tak yah gelak. and, jeng! jeng! jeng! tu dia! dah masuk court and apa lagi? cabut undi ah! Nasib aku jadi pemain simpanan dulu. boleh tgk-tgk sikit. Second time aku ganti tempat sape ntah aku tak ingat. And, mmg gementar wei! menggigil wei tangan. Tapi, lama-lama tu okay. then! GOOOOAAALLL!! Untuk mata pertama, 1-0 *senyum* oklah...nasib shooter aku ni boleh tahan kuat dia baling. Then, bola kat tangan aku ni, kwsn kosong. Wall takda, apa lagi? Kita kasi bump itu bola sampai ke pintu goal dan aku baling bola sekuat hati dan itu dia! Goaaaallll pertama dri saya!! yayyyyy!! *angkat tangan* and now, 2-0...hahahaa!

prriiiitttt! masa tamat! and we won!
 
itu cerita utk first perlawanan. okay now, kita pergi ke final pula. Memang sengit sebab kitorang lawan dgn budak Alpha yg mana aku rasa semua game dorang habis bolot semua! Kimbek betul! Kali ni team kami kalah 0-5 hahahahhahahahah! sumpah lah.. sakit-sakit badan aku dibuatnya! First, dorang main super duper ganas, and aku ni...ntah berapa kali kena tolak dengan seorang player dorang yg super duper tinggi!! Ya Allah...dengan kaki aku yang terseliuh lagi.. masha allah! Aku dah tak larat. Pinggang aku sakit! hhahaa! Aku boleh tahan separuh masa je. Sedih betul. Yang paling sedihnya, takda satu mata pun tau! gila betul! but, it's okay. Aku tak kisah sebab at least bukan tempat ketiga keempat. No 2 pun jadilah. Okay ah tu.. chill sudeh~ And, sebelum lawan, kitorang amik semangat dulu, kitorang kumpul ramai-ramai, warm up kejap and yg paling febelesnya team kami, kitorang punya baju dah sama!! punya exited ah sebab baju sama en, nasib cikgu dorm kitorang super duper sporting! Bayar je baju jersey RM 10, cikgu belikan. hahah! sayangggg cikkguuuuu! *muaaahhh cikeeedd* erk...

Kalah menang tu tolak tepi dah. The most important was experience lah. it was a great experience that i've ever had in handball! sebab bukan senang nak dapat experience mcm ni. To me, biar tak wakil sekolah, asal wakil PLKN. sempoi kan? serious aku bersyukur sangat sebab dicampakkan ke kem yg super duper annoying but interesting ni! Semua enjoy, aku lagi enjoy! Thanks for everything! Love you so much and much and much and much and much!!



peace!

No comments:

Post a Comment