8 May 2015

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur #PBAKL2015

Assalamualaikum :)

kejap. nak ambik nafas dulu. tariiiik! lepasss~ tariiiik! lepasss~
ok.

jom sambung cerita kita dari A sampai Z

bila bercakap tentang pesta buku, memang aku eksaited gila sebab aku jenis yang rambang mata bila tengok buku-buku ni semua! sampai satu tahap, aku rasa mcm nak amik semua tanpa buat sebarang bayaran. ni lah dia.

nak kata aku ni ulat buku sangat pun tak juga sebenarnya. maybe sebab dah lama aku tak beli buku-buku untuk dijadikan kawan masa bosan, tu yang nampak "tak ulat buku" sangat. Tapi, aku suka lah membaca. Memabaca blog-blog kalian yg ohshem tu pun kira okay sbb at least, aku ada juga buat something pd waktu2 lapang cenggini. and, aku lebih prefer baca majalah berbanding novel. Aku tak tahu kenapa. mungkin sebab majalah ni dia simple je. Tak perlu cetak sampai ratusan muka surat, and point yg dia bg pun mmg jelas dan tak perlu nak hadap segala saspens dan halangan. so, mudah utk aku faham.

"oohh....so kau baca ah majalah-majalah picisan sekali?"

err...mungkin itu dulu. masa aku tak berapa nak matang sangat. al maklumlah, aku ni kdg1 mudah terpengaruh dgn budak-budak acah-acah femes masa kat sekolah rendah dulu. Dorang suka baca majalah picisan mcm Little Stars (Bintang Kecil), KLIK, Teenagers (Remaja) and any kind of majalah hiburan yang aku rasa tersangatlah membuang masa dan duit kalau beli banyak-banyak! seriyes!! lepas tu, tambah pula dengan majalah e-pop (khas buat kpopers or jpopers). now, aku lebih byk baca majalah-majalah yg betul (berilmu) seperti Al-Ustaz, SOLUSI and ape ntah lagi namanya...aku tak hengat.

oh ya! aku lupa nak cakap. aku skrg ni dah tak layan k-pop sebab aku menyesal. Aku pernah menyesal gila-gila sebab layan k-pop dan memegang jawatan sebagai ahli 'k-popers' pd tahun 2010-2011. okay, skrg aku dah tak mahu ambil tahu apa-apa pasal k-pop sbb bukan minat aku. maaf.

Jadi, mulalah timbul kesedaran kat situ. Bila aku fikir balik, apa kejadahnya aku baca semua majalah picisan yang tak begitu bertauliah ni? ooppss! maaf. saya telah membangkangnya, yang Arif!

aku pun...mcm dah malas nak layan majalah2 cenggini sbb apa? sebab, once aku baca...aku tak dapat apa-apa yg aku nak. aku tak puas! aku hanya dpt, kenalan artis-artis yang menjadi idaman hati malaya atau luar negara sahaja. and that's why, aku lebih prefer majalah2 ilmiah berbanding picisan! Tapi, kalau sekadar nak baca ala kadar tu boleh je. bukan selalu.

*****

okay, pada 26 Mei 2015 kalau tak silap, aku pi buat rombongan meminang kat pee-dabelieww-tee-see sebab aku nak pinangkan kawan-kawan aku ni dgn buku-buku yang ada kat sana! sebab apa tau? sebab, masa aku scroll timeline twitter, aku nmpak byk manusia yg cuba mempromosikan jejaka2 dan anak2 dara yg comel2, hencem2 dan lawa2 serta yg sado2 sekali. Jadi apa lagi en? aku pun, terus nak pi minang dorang. mana tau, dorang berkenan. Bolehlah jadi yang halal buat mereka siap boleh peluk, cium, selak-selak dan tidur bersama pasangan masing-masing! *kejap. kau buat statement pervert ke apa ni?*

tak kisahlah. janji kitorang dapat pasangan kitorang! aku pun dah nampak dah orang-orang yg sesuai dijadikan calon dan aku yakin mereka akan menerima aku seadanya! tiada lagi istilah kawen paksa atau kawen kontrak ye!

so, aku dgn sahabat2 aku plan nak pi sana naik KTM. aaahh! konon nak naik ktm pi KL. aku tak biasa sgt pun naik ktm ni. Paling berani pun sampai Subang je sebab dekat dengan Shah Alam. Nak sampai KL tu, dia mcm kureng sikit. Yela, mana taknya...naik ktm nak pi pwtc tu jauh gak. perjalanan akan sampai ke stesen Putra. haaa! masa tu, aku terkial-kial kat mana stesen Putra tu? Jauh tak dgn pwtc? Berapa jam nak sampai sana? Mahal tak? dan pelbagai jenis soalan yg kurang logik mula bermain dlm fikiran aku. so, aku tanya parents aku...nak minta izin pd mulanya. At first, diorang mcm tak yakin and tak pasti sama ada aku selamat ke tak bila dah smpai sana. So, aku terangkan segala bnda kat diorang, and diorang izinkan...tapi bersyarat! Mesti ajak kawan, paling kurang 4 orang! okay ah.. aku pun ajak lah beberapa org kawan aku.. kami whatsapp mlm tu..and decide betul-betul. Actually, jgn tiru plan aku ni sbb plan ni adalah plan last minute. malam kau sibuk nak ckp pasal bookfair and esok nak pergi. Belum tentu semua agree kan?

So, discuss punya discuss...akhirnya kitorang batalkan plan nak pi bookfair pd keesokan harinya! okay lah aku tak marah or rasa sedih or kecewa sbb aku faham. Malam2 buta discuss, esok nak bertolak dah. memang tak sempat dan kalut ah jadinya!

Alhamdulillah, ada sorang member aku ni ajak hari khamis. Katanya, dia ajak pi pwtc dgn mak dia. So, aku akan kata okay kalau dia kata okay. Then, dia kata okay...and dia dah set masa semua. Tinggal nak gerak je. "Oklah beb!" kata aku. "esok, aku tumpang anisa...terus pi rumah kau.. then kita pi terus PWTC." jawab aku lagi. ok, CUN!

Rabbi Yassir wa la tu assir!
moga Allah permudahkan segala-galanya!

seriyes wei! aku pun mula2 mcm tak yakin gak. yela, first time aku pi KL tanpa parents aku en! And, aku bersyukur sangat-sangat sebab member aku punya mak ada ikut sekali. At least, ada juga bimbingan drpd orang dewasa en..*angkat kening dua belah* Paling best, sbb mak dia ni jenis yg suka bercerita. So, kitorang byk share benda sama-sama! and aku tak ingat apa nama mak dia. so, aku panggil 'aunty' je lah ye.


and yeahh! Kami dah berada di pee-dabeliew-tee-see!! yayy!!

 nah..tu dia rupa pee-dabeliew-tee-see yg tak pernah aku jejak. 
so, dia mcm batak ciked! jangan gelak!

nasib kitorang bertolak awal.. err tak dalah awal sangat, tapi oklah~ tak da ah sesak tahap gaban pun. And, aku keluarkan bucket list aku yg aku dah catat dlm phone! Ok, now! kita masuk dlm, and pusing-pusing and cari buku apa yg nak! hehehe~ bila masuk je! aku punya dah terbeliak luas!

wooooaaahh!! banyaknya buku! serabut wei! serabut! dengan tebaran manusia lagi, dengan buku-bukunya lagi...dengan bisingnya lagi...nasib sejuk! sebab ada air-cond :)

Ok lah...not bad lah. sambutan bookfair pun boleh tahan juga rancaknya! aku pun dah lama tak tengok suasana bookfair mcm ni! selalu bizi je. haiihh~ so, bila dah ada peluang ni...apa lagi? meh lah kita borong! (aku tak borong sbb aku beli ikut bajet)

daripada ground floor sampai lah ke tingkat 4/5...and you know what? iolls jumpa seseorang beb! seorang yg mmg femes gila! (bukan retis) seorang yg tak pernah kedekut dengan senyuman. seorang yang penuh dengan ilmu! seorang yang penuh dengan semangat yg jitu! itulah dia, Prof Muhaya! wahh!! meh kita kasi big applause ciked sambil nyanyi bersama Lady Gaga!!

wahh! tak sangka! akhirnya dapat juga aku jumpa dia secara live! almaklumlah, sbelum ni tengok kat tv je. teringin juga nak tgk secara live en! tapi, masih belum berkesempatan utk berbual dengan beliau! Tapi, seriyes cakap, beliau mmg *tunjuk thumbs up* orangnya! senyum je! mcm yg korang tgk dlm tv tu.. hehehe :)

Then, kami sambung tawaf dlm pwtc sebanyak 3 kali je. sebab tawaf kat pwtc tak termasuk rukun haji dan tak wajib dilakukan pun. Jadi, bergantung pd mereka, berapa kali nak tawaf dlm pwtc tu. wokeyh?

"aahh!! aku tak puas! aku nak buku tu! Tapi, tak cukup bajet!"

"wei, buku apa do?"

"tu! Buku DIAgnosis 1 and 2"

"best ke buku tu?"

"entoh..tapi aku berminat nk baca and aku kuriyes gila dgn buku tu! Kau tau en, sapa penulis dia..?"

"haa...tahu. Fatin Liyana en? Blogger yang ohshem tu!"

"haaa ye!"

tu diaaa! Prof Muhaya atas stage beb!
tangkap dri jauh pun takpa, janji ada :p



lebih kurang begitulah konversasi pendek antara aku dgn anisa. Takpa ah, mybe next time aku beli kot. Tapi, aku tetap nak jugak buku tu! Tak kira! Lambat pun takpelah! Janji aku tak terlibat dgn mana-mana pinjaman buku drpd sesiapa! eh. jap. nak pinjam ke? oh...korang nak kasi aku pinjam ke? terima kasihlah. aku ni kalau sekali pinjam buku orang, mmg lambat aku nak bagi. jadi, mohon elakkan drpd kasi aku pinjam (unless kalau buku2 pelajaran ah). And that's why aku tak berani nak pinjam sbb aku tau...bila aku pinjam org punya, aku mmg sengaja lambatkan pembacaan..ahaha..maaf. *chuckle*

oklah.. dah aku malas nak citer mcm mana aku dpt grab semua buku yg aku dh beli! sekarang kita di level X kan. ada 2 level utk diharungi sampailah ke level Z. ok jom!

masing-masing dah penat. kaki, lutut semua mcmnak goyang. Perut jgn ckp ah.. menyanyi je tak henti-henti! ceitt! takpa, sabar. time puasa boleh pulak tahan en? and aku pun ntah apa2 gak...tak sarapan dulu buat alas perut. Tapi, aku tak meragam ye. mohon. and aunty pula nak belanja kitorang makan...hehe..mcm tau-tau je :D alhamdulillah :) selesai makan, balik...solat dan teruskan balik...akhirnya tidur.

dah tercapai! and jom kita start baca! cuma sadis...sebab 
DIAgnosis part 1&2 tak ada

okay...jom balik!
Alhamdulillah, masa tu aku have fun sangat-sangat sebab hasrat aku nak pi bookfair antarabangsa akhirnya tercapai! Ya Allah...syukur sebab semuanya berjalan lancar and takda apa-apa yg buruk berlaku. Moga Allah berkati korang semua! ameen :) maybe lepas ni, dah tak jumpa lagi en. Masing-masing akan buat hal sendiri, hidup sendiri, belajar sendiri..mybe ada yg akan kawen tak lama lagi ke..jodoh en, sapa tahu? Aaaahhh! sungguh aku akan rindu semua kenangan yg pernah kita lalui bersama! nanges!

tunggu sat! aku nak pi amik tisu. tengah sebak sangat ni.

Moga Allah jaga korang baik-baik :) biar berjauhan asal dekat di hati. aicehh!!

okay, skrg dah masuk level Z.

akhir kata,
peace!!