25 October 2015

21 October 2015

Pengalaman Berucap

aku masih ingat peristiwa 11 Ogos 2015 yang lalu di mana nama aku akhirnya tercalon untuk sebuah organisasi besar di tempat aku belajar sekarang!


syukur!


Pada mulanya, aku memang berhasrat utk menjadi salah seorang daripada ahli organisasi tersebut. Tapi, sebelum tu. kita baca doa makan dulu sebab aku nak makan ni.


///


Alhamdulillah, aku masih diberi peluang untuk menyambung pelajaran aku di peringkat yang lebih tinggi. Walaupun ia bukanlah di fakulti, atau dewan kuliah..namun tetap bersyukur! yang paling utama, aku setaraf dengan budak diploma ah!


ok. malas nak cerita panjang kat mana aku study sekarang, sbb nanti bosan pula.


apa yg aku exited sangat kat atas tadi? apa dah jadi? ada apa apa ke?


well, yes. memang ada apa apa. bukan mahu riak, tapi..inilah cara aku nak luahkan sesuatu. aku takda buku diari special utk catat semua memori yg pernah aku cipta. tidak. cukuplah dengan adanya blog yg tak seberapa ni utk aku ceritakan sesuatu. orang nak baca ke tak, terserah. aku tak paksa ok.



bercakap tentang berucap, pernah tak kalian merasainya dlm seumur hidup kalian? pernah? tahniah kepada mereka yg pernah! *tepuk amai amai*macam aku, kalau berucap tu memang tak pernah lagi. kalau setakat buat persembahan tu pernah. see the difference? ok. 


///


"Fitrah! nak tak ada jawatan utk MPPPU?"


"Boleh jugak. kita pun nak naikkan markah kokurikulum!"


"haa! samalah. kalau nak harapkan kita collect markah utk sukan mmg taklah sbb kita x aktif sukan. muehehe"


*****


Terserempak dengan Kak Mira (Kak May) which is known as Vice President for Majlis Perwakilan Pelajar Pra-Universiti (MPPPU) 2014/15. terus aku kejar dia sebab nak bagi borang permohonan calon tu. okay. memang nampaklah reaksi terkejut dia sbb aku mcm terkejar kejar gila waktu tu. peduli apa kan? janji aku hantar. kalau tak, sia sia je aku mekap cecantik utk gambar passport. heh


masa tu, aku mcm redha dan tawakkal je lah kan sebab aku rasa mesti ramai gila yg berebut utk mohon jawatan. Tapi aku sedar diri yg aku belum lagi layak nak mohon jawatan besar besar mcm president dan vice President. so, aku mohon utk Exco sahaja. janji markah ada. hehe


Macam kawan aku, Fitrah dia mohon setiausaha sebab masa high school dulu dia selalu pegang jawatan setiausaha utk pengawas katanya. ok lah. Aku pernah ada pengalaman Librarian je. itupun jadi kuli je. takpalah. janji ada juga penglibatan dan sumbangan yg aku bagi kat sekolah tu. 


Nak jadikan cerita, akhirnya nama aku tercalon. Alhamdulillah. masa tu aku tak high hope. kalau dapat, dapat. tak dapat, aku redha je :) 


Terkejut jugaklah. tambah tambah, jadi femes kejap. ceyy! aku dah tak rasa apa dah time tu. Takda malu malu berdiri depan bila nama kena panggil. takda lah aku nak tergedik gedik malu kucing. buat apa kan..tapi ada sedikit segan sebab berdiri depan senior. so, mcm awkward sikit lah. sikit je. tapi aku kekal macho lah


after that, the president and vice President of MPPPU which are my senior were giving a simple talk to us. They explained about the procedure to be the one of MPPPU's family. then dorang minta kita (batch 97) utk buat manifesto dan kempen! oh yezzaa!! aku pun terpinga-pinga jugaklah time tu. masa diorang cakap, aku khayal jap, memikirkan apa manifesto yg aku nak buat dalam tempoh satu minggu sahaja. next week, we're gonna present everything on the stage in front of the other students and teachers. urgghh! 


mula-mula diorang cadangkan agar kami ni buat poster masing-masing. alaa mcm Pilihanraya Umum tu! jadi, dlm kepala otak aku masa tu, asyik pikir...apa gambar yg aku nak letak. semua bendalah! dan sebenarnya aku tak nak lah! 


then, cikgu pun bagi idea sikit sikit tentang perkara ni. dia punya flow pilihanraya tu, apa yg akan berlaku, mcm mana nak present semua. ok. cun. lengkap! 


*****


lepas penat memikirkan manifesto aku, dah tiba masanya utk aku luahkan segala-galanya. baik. bercakap tentang manifesto, of course lah aku buat mana yg termampu selaras dgn jawatan yg aku nak pegang nanti. Tak nak buat manifesto panjang-panjang sebab takut tak terbuat semuanya. 


ok. jom kita berucap!


kejap. makan dulu. kan tengah jamuan raya ni! sabarlah eh. (masa tu pilihanraya diadakan sekali dengan jamuan raya)


"Calon seterusnya, (dot dot dot) dari kelas PU9 dipersilakan utk memberi dan menjelaskan manifesto anda."


bismillahirrahmanirrahim.


*mulakan ucapan*


masa tengah berucap tu, mmg nervous jugak. rasa kecut je perut ni. nasib lah tak tercicir berak kat atas stage tu. kalau tak, habis cancel semua! heee


semua org akan rasa gementarnya bukan? 


samalah mcm aku, terketar ketar jugak. pastu laju je cakap mcm Ferrari sebab guna satu nafas je. eh?


it was tiring but worth it! 

best sebenarnya bila dapat peluang berucap mcm ni. bukan senang. sebab apa? sebab inilah masanya utk kita serlahkan kebolehan kita kepada org ramai. Kena yakin, kena positif, kenaberani sahut cabaran dan kena bersedia utk perkara yg kita tak pernah buat. jangan terlalu nervous dan gelabah sangat. dan jangan terlalu exited dan over confident sebab nanti takut apa yg nak dibicarakan tu tak terungkap. hehe


selesai sahaja majlis pilihanraya tadi, kita kena tunggu keputusan berdasarkan undian yg telah dibuat oleh para pelajar dan guru.


*****


jeng jeng jeng!


*mengeliat*


"nak pakai baju apa eh? hari ni nak umum keputusan. em...pakai lelawa sikit lah."


berpeluh nak cari baju. siap nak matching dengan tudung. inilah dinamakan 'ambil semangat'!! 


sudah tiba masanya utk kita umumkan keputusan pilihanraya. Masa tu, aku tak high hope lagi. apa yg dapat, aku terima je. sebab ini undian org. takpalah..aku dah rasuah budak budak kelas aku tu supaya undi aku. hahahah! *gelak tak berapa nak jahat*


alhamdulillah. akhirnya, dapat juga aku jawatan tu. bukan jawatan Tinggi pun. tapi, itulah apa yg aku mohon. Moga aku melaksanakan tugas elok elok. hehe


Menjadi Exco Kerohanian itu nampak seperti biasa biasa je. tapi, sekali kau tak buat kerja, mmg orang dah tak respect. amboi.  


takdelah. ini kenyataan. aku cuba yg terbaik utk kebaikan semua juga. Insha allah, aku dan dua orang lagi Exco Kerohanian akan melaksanakan tugas sebaik mungkin :) 


tapi, bersyukur juga sebab tak jadi president atau naib president. kalau tak, memang pengsan lah. hehe


bila nak habis cerita ni?


ye ye. sabar. nak habis dah pun.


akhir kata, ucapan terakhir aku, terima kasih kepada semua yg membantu, yg mengundi dan yang memberi sokongan padu! moga moga ini menjadi buku baru utk aku hidupkan balik rohani dan jasmani. ceyy!! 


jerebu ni, buatkan aku kabur lah. oklah. aku chau dulu! adios!!


eh, lupa lagi nak bg salam. 
Assalamualaikum :)