17 December 2015

biasa-biasa

nak yang terang yang berkelip yang berbatu,

nak yang tinggi yang besar yang
panjang,

sampai suatu hari,

aku tutup mata tengok orang depan mula berkata,

"cubalah jangan melampau nanti kubur
pun sendiri jua! ukurlah baju kau
sendiri jgn cepat lupa diri!"

sabar.

jangan begitu.

kita settle cara baik.

tidakkah kalian nampak,

aku sedang memandang manusia menikmati roti 'baguette'

aku terpesona melihat manusia yang punya cahaya di muka,

memantulkan sinaran kaca yang cukup
indah,

berbaju segak dan tinggi lampai orangnya,

sambil membaca surat khabar.

jangan cepat menuduh yang enggak enggak.



malam ini

susah untuk aku ceritakan semua perasaan yang ada,

biar kau rapat sekalipun memang susah aku nak gali balik perasaan tu,

walau di rumah, susah untuk aku kata aku sakit,

kalau aku cerita pun takkan ada yang peduli,

lebih baik aku simpan untuk jadi bahan ingatan,

bukan mahu berdendam, tapi cukuplah aku pendam,

siapa ja nak layan kita? 

aku pun tak sanggup nak layan orang lebih-lebih,

duduklah atas katil sambil melukis dan luahkan pada yang Esa ! 


sekian.