17 April 2016

tertelan kerang busuk

sampai sekarang pun masih tak sedar yang loceng kecemasan dah habis berbunyi. itulah, asyik bagi salam kat orang sebelah je. madam kat depan pun boleh tertinggal.

assalamualaikum peeps :)

sudah-sudahlah berangan dlm kelas. asyik senyum sorang-sorang je smpai kwn kat hujung pintu pun boleh fikir kita ni gila. peminat Akim yang duduk di belakang pun boleh perasan kita ni duk senyum mcm kambing tertelan kerang busuk.


tapi, daydreaming ni pun tak kurang bestnya juga. boleh lah sikit sikit feeling nak mengeksploitasi satu dunia. bukannya sekejap nak tunggu umur ni mencecah 30 an. lama tauu! sampai madam panggil nama kita pun kita tak perasan. syok sangat agaknya! Tapi, mujurlah madam tak marah. kalau tak, habis lah kawe.


tapi, seriyes lah. senyum sorang-sorang ni boleh jadi banyak makna kalau orang lain tak dapat nak mentafsirkannya. sedangkan mereka tak tahu pun yang kau sebenarnya tengah memikirkan siapa jodoh kau dan betapa kelakarnya jodoh kau tu sampaikan kau sendiri tak boleh sedar yang classmates kau semua lari lepas bunyi loceng kecemasan.

sweet betul jodoh kau tu!


No comments:

Post a Comment