20 May 2016

anggap

kelakar juga bila dapat tahu, ada orang pernah anggap aku mcm "ustazah".


pertama, terima kasih atas tanggapan itu. aku pun tak pasti sama ada ia sejenis perli atau pujian atau kutukan. sekurang-kurangnya ia adalah "sesuatu".

mungkin, dulu aku budak aliran agama kot. dari sekolah rendah mmg sekolah agama agknya. tak pun, mereka pernah nampak parents aku pakai jubah dan serban. barangkali ya. 

erm.
ni nak tunjuk riak ke apa? 

bukan. sama sekali bukan. parents kami x da pakai serban dn berjubah setiap hri. aku pun bukan bertudung labuh sampai pinggang pun. hehe


jangan panggil aku ustzah please. rasa mcm belum layak dan jauh sekali kelayakannya utk digelar ustazah. huhu

bye


19 May 2016

cakap banyak alasan

"weh, tadi aku kemas rumah, masak, lipat kain! mesti mama puji aku nnti!"

muqaddimah kali ni tak begitu panjang. cukup sekadar dialog ringkas oleh seorang manusia yg tak tahu siapa namanya. 


****


berapa lama kau buat? 
untuk siapa kau buat?
dan kenapa kau buat?


soalan-soalan seperti ini perlu sentiasa ada dalam otak. sebelum nak buat sesuatu, make sure kita tanya. tanya pada siapa? 

pda diri sendiri.


lebih menyakitkan, apabila kita dah buat, dah settle semuanya...tapi masih ada mulut-mulut yg tidak puas hati dan sering menyalahkan kita tnpa henti. almaklumlah, seorang abang dh siap masak untuk adik-adiknya dan dah settle lipat kain yg berlambak dlm bakul. tapi ayah tetap membebel dan asyik mengatakan bahawa abang sangat pemalas dan asyik bagi alasan!


pergh. masa tu boleh berasap telinga wei!


mungkin contohnya sedikit keterlaluan. tapi, tkpalah. itu kan cuma contoh.


here it is. 
aku tak nafikan, yang aku pun melalui perkara yg sama. cuma situasiny sedikit berbeza. sedikit je. rasanya nak marah pun ada, rasa nak mengeluh pun ada, rasa tak berguna pun ada! 

mungkin kita patut riak sedikit. 

istighfar 3000 kali 


**** 

agaknya lepas ni, aku kena beritahu semua orang kot.

"mak, ayah! hri ni abang dah siapkan semua kerja rumah! basuh kereta, jemur kain, siap buat solat hajat dan istikharah lagi. mana tau, ada gadis nak dtg meminang ke (?)"


mak ayah yg stres baru balik dari pekan terus baling kayu ke arah wajah abang. 
auch!


memang begitu perasaannya, bila takda orang nak kisah apa kita buat. mak suruh buat itu ini, kita tak buat. maksudnya, tak buat depan-depan. sampaikan bnyk juga maki hamun yang kita terima. banyak juga nak guna sabar ni.


then, menuduh kita yg bukan-bukan. err tidak. bujan menuduh, tapi menyalahkan. huhu

sama juga seperti situasi ni,

"abang, kenapa result teruk sgt ni? mcm orang tak pernah belajar! buat penat je mak ayah cari duit nak bagi kau pandai! tp ni yg kau bagi! tulah, dulu aku suruh kau pergi masjid buat solat sunat, malam malam bngun buat solat hajat. kau tak nak! sayang sangat dngan tidur kau tu!!"


okay.
ni mungkin sedikit berbeza.


lalu abang membalas,

"mak, malam ni abang nak bangun buat solat hajat depan mak tau. biar mak boleh nmpak. boleh lah abang doakan supaya Allah lembutkan hati mak sekali. mak jgn risau, abang buat depan mak :) "


perbualan terhenti smpai situ.

****

sebagai penutup, aku nak bg satu tips sikit. ceyyy

bukanlah. 
mcm ni, nak suruh orang puji tinggi tinggi untuk apa? cukuplah kita buat kerana Allah. biar orang tak tau, tp Tuhan tahu sebab kita buat sesuatu bukan nk cari berkat dari manusia, tapi berkat dari Allah. so chill lah kalau orang salahkan mcm mcm. at least kau tak riak dan takabbur. itu lagi baik.

senyum.