14 June 2017

Rahsia Permainan Perasaan

bismillah


*****



sukar untuk aku menjangkakan,
dalam menjejak dan melangkah,
ke satu alam dewasa,
yang penuh cabaran tanpa diduga,
untuk diuji dan benar-benar diuji,
oleh Pencipta yang Maha Esa


Sukar untuk aku gambarkan,
Lamaran yang datang bermain perasaan,
demi menjalin satu ikatan,
yang belum habis dalam aku fikirkan,
untuk berdiri dan berjalan atas sebuah titian,
kerana ia bukanlah satu permainan


Setiap yang datang itu,
belum pasti jadi penentu,
yang terus buatkan aku jadi buntu,
sama ada ia serius atau sekadar tipu,
walau ia perlukan sebuah restu,
tapi kalau benar dia mahu,
sanggupkah dia untuk menunggu?


Tidak ada satu yang aku harapkan,
melainkan doa kepada Tuhan,
agar Dia memberi jawapan,
adakah sinetron ini hanya gurauan,
atau aku sahaja yang bermain perasaan?


Perasaan itu bukan hanya untuk dipermainkan,
sebab aku kuat berangan,
takut nanti aku perasan.



20 February 2017

belum nak kawen lagi

orang yg baik akan dipertemukan dengan jodoh yang baik.

///

"kalau mung ase belum baik lagi, mung kena buat baik dulu. mung kena ada target utk dapatkan "RELATIONSHIP GOALS" jugok. 


guane nok buat? 
nok kene paka keto mewoh dulu ke? 

aku nok gtau mung. jange dulu. nnti takut mung tok leh nok baya hutang oghang. 


5 org penting mung kena jaga hubungan:

Allah, Mok ayoh, guru², rakan seperjuangan dan org lain. 


dah dpt capai relationship goals, jaga adab. tatatertib, kata-kata, dan maruah. kalau mung ase tokleh lagi..usaha lagi!! biar tk perfect, tapi at least mung ada usahe nok jadi baik." - Seorang Hamba Allah yg sudah berkahwin




aku pun tersengih lah sorang sorang mcm kambing sebab kena pukul dgn kata-kata org tua tadi. 





p/s: aku ase aku dah kena belajar ganu pulok lah pahni.