14 June 2017

Rahsia Permainan Perasaan

bismillah


*****



sukar untuk aku menjangkakan,
dalam menjejak dan melangkah,
ke satu alam dewasa,
yang penuh cabaran tanpa diduga,
untuk diuji dan benar-benar diuji,
oleh Pencipta yang Maha Esa


Sukar untuk aku gambarkan,
Lamaran yang datang bermain perasaan,
demi menjalin satu ikatan,
yang belum habis dalam aku fikirkan,
untuk berdiri dan berjalan atas sebuah titian,
kerana ia bukanlah satu permainan


Setiap yang datang itu,
belum pasti jadi penentu,
yang terus buatkan aku jadi buntu,
sama ada ia serius atau sekadar tipu,
walau ia perlukan sebuah restu,
tapi kalau benar dia mahu,
sanggupkah dia untuk menunggu?


Tidak ada satu yang aku harapkan,
melainkan doa kepada Tuhan,
agar Dia memberi jawapan,
adakah sinetron ini hanya gurauan,
atau aku sahaja yang bermain perasaan?


Perasaan itu bukan hanya untuk dipermainkan,
sebab aku kuat berangan,
takut nanti aku perasan.



No comments:

Post a Comment